Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:29
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

AMP agih $250,000 dari pelancaran buku pada India Muslim

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

AMP agih $250,000 dari pelancaran buku pada India Muslim

Jun 12, 2022 | 05:30 AM

SEMPENA pelancaran buku 'Indian Muslims in Singapore: History, Heritage and Contributions' semalam, AMP Singapura berjaya mengumpul dana sebanyak $250,000 untuk diagihkan kepada masyarakat India Muslim di Singapura.

Penerbitan buku itu turut disokong oleh AMP Singapura, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Lembaga Warisan Kebangsaan (NHB).

Buku tersebut memaparkan lapan bab mengenai kehidupan sosial, budaya dan politik masyarakat India Muslim di Singapura.

Ditulis oleh Dr Abdul Razak Chanbasha, yang merupakan ahli lembaga pengarah Rima, penerbitan buku itu ingin memberi penghormatan kepada kehidupan dan pencapaian individu terkemuka, yang mencapai pencapaian cemerlang dalam profesion mereka dan sumbangan mereka kepada masyarakat.

Ini termasuk keluarga Angullia - Mohamed Salleh Eusoof Angullia dan Encik Ahmad Mohamed Salleh Angullia; Encik K M Oli Mohamed; dan Prof Ahmad Mohamed Ibrahim, antara lain.

Tetamu terhormat Presiden Halimah Yacob yang diundang bagi pelancaran buku itu berkata:

"Sumbangan individu ini dan orang lain yang memberi semula kepada masyarakat dirakamkan dalam buku ini. Perkongsian peribadi ini menjalinkan kisah Singapura sambil, memperkayakan warisan kita bersama. Walaupun semua individu ini datang dari pelbagai pelosok, mereka disatukan oleh nilai yang sama dan komitmen untuk membina masa depan yang lebih cerah bersama-sama."

"Saya gembira kerana buku ini juga merangkumi sumbangan perintis wanita, seperti Khatijunnisa Siraj yang mengasaskan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan menerajui usaha yang membawa kepada pembentukan Mahkamah Syariah untuk melindungi hak wanita Islam dengan lebih baik," tambahnya lagi.

Menurut kajian Dr Abdul Razak di dalam bukunya, Di Singapura kini, 70,000 daripada kaum india adalah penganut agama Islam.

Dana sebanyak $165,000 telah pun disalurkan kepada tiga pertubuhan, iaitu Tabung Amanah Pendidikan yang ditadbir oleh Yayasan Mendaki, Persatuan Pembangunan India Singapura (Sinda), dan tujuh masjid yang berkhidmat untuk masyarakat India Muslim - Masjid Abdul Gafoor, Masjid Al-Abrar, Masjid Angullia, Masjid Bencoolen, Masjid Jamae Chulia, Masjid Malabar, dan Masjid Moulana Mohamed Ali. AMP Singapura juga salah satu daripada penerima dana tersebut.

Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, yang telah menerima cek $55,000 sewaktu pelancaran itu berkata:

"Yayasan Mendaki ingin mengucapkan terima kasih kepada penderma kami dan masyarakat India Muslim atas sokongan padu mereka terhadap Tabung Amanah Pendidikan (ETF). Selama bertahun-tahun, beberapa individu, syarikat dan organisasi India Muslim terkemuka telah menyumbang kepada ETF. Pada 2019-2021, ETF menerima sejumlah $2.85 juta daripada penderma India Muslim kami untuk menetapkan dermasiswa dan biasiswa ETF. Ini telah membolehkan kami memastikan tiada kanak-kanak dinafikan peluang untuk memulakan sekolah di sekolah kerana keadaan kewangan keluarganya."

Buku ''Indian Muslims in Singapore: History, Heritage and Contributions' dijual pada harga $60 senaskhah. Ia juga boleh didapati dalam talian melalui eshop.amp.org.sg, serta di kedai buku terpilih.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3