Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HARI SAF

Anak ikut jejak bapa lakar kerjaya dalam SAF

Jul 01, 2022 | 05:30 AM



778 anggota beruniform SAF dari ibu pejabat Mindef, Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara dan Gabungan (Joint) dinaikkan pangkat tahun ini. Mereka terdiri daripada pegawai sepenuh masa dan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (ORNS). BERITA HARIAN (BH) mengolah kisah dua pegawai yang menunjukkan prestasi baik dan berpotensi untuk menyumbang lebih lanjut kepada organisasi itu.




SEBAGAI Sarjan Mejar Divisyen yang menjaga dan melatih askar di unitnya, Pegawai Waran Master (MWO) Omar Osman percaya pendekatan untuk sentiasa berinteraksi dan memahami orang lain banyak membantunya sepanjang berkhidmat di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



Ini kerana bagi beliau para askar juga adalah manusia dan perlu dilayan dan dihormati.



"Askar-askar adalah aset (di dalam tentera) dan kita perlu sentiasa melibatkan diri bersama mereka supaya kita dapat lebih memahami mereka.



"Saya sering berkata saya melayan mereka dengan baik, sama juga saya mahu diberi layanan serupa," kata MWO Omar, 47 tahun yang mula berkhidmat bersama SAF pada 1996.



Seorang askar juga perlu mempunyai tujuan bagi melakukan tugas dengan baik.



"Mereka perlu tahu tujuan di sebalik pengerahan dan dengan itu, tidak berlaku apa-apa masalah.



"Setakat ini, pendekatan yang saya ambil berhasil kerana apabila mereka (askar yang dilatih) dapat melihat kejujuran saya, dan tahu bila perlu serius semasa latihan ataupun bila kami meminta standard latihan tertentu, mereka faham bahawa kami sebenarnya mengambil berat tentang kebajikan mereka," ujar beliau.



Baru-baru ini, MWO Omar dapat menggunakan pendekatan-pendekatan ini apabila menjadi sebahagian daripada anggota perancangan bagi Rumah Terbuka Tentera Darat 2022 Mei lalu.



Menerusi rumah terbuka itu, beliau gembira orang awam telah banyak memberi pujian bagi para askar darat sambil memberi penghargaan kepada rakyat Singapura yang telah menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



"Saya perlu memastikan askar kami berkelakuan profesional. (Saya gembira) dapat mengatur acara berskala besar melibatkan pengunjung yang ramai sambil melaksanakan langkah pengurusan selamat Covid-19," ujar beliau.



Setelah berkhidmat sebagai pegawai SAF selama 26 tahun, MWO Omar menerima surat kenaikan pangkat yang bakal menyaksikannya menyandang jawatan selaku Pegawai Waran Kanan (SWO).



Beliau merupakan antara 778 pegawai SAF yang menerima surat kenaikan pangkat tahun ini.



Pada istiadat kenaikan pangkat yang diadakan di ibu pejabat Kementerian Pertahan (Mindef) semalam, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen telah menyampaikan sijil kepada pegawai-pegawai SAF yang layak itu.



Bagi MWO Omar, kebanggaan datang apabila anaknya, Leftenan (LTA) Muhammad Zayan Omar juga menyertai SAF sepenuh masa dua tahun lalu.



"Saya sering membawa keluarga ke acara tentera dan mungkin dari situlah berputik minatnya... Oleh itu, saya rasa beliau mendapati SAF adalah pertubuhan baik untuk beliau sertai sebagai pegawai sepenuh masa," katanya dengan penuh senyuman. - HAKIM YUSOF




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >