Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ang Mo Kio, Tampines projek BTO paling popular pada pelancaran Ogos

Sep 06, 2022 | 05:30 AM



FLAT lebih besar di estet matang Ang Mo Kio dan Tampines merupakan flat paling popular dalam sesi jualan Bina Ikut Tempahan (BTO) pada Ogos.



Setakat 5 petang semalam, hampir lapan pemohon kali pertama bersaing bagi mendapatkan setiap satu daripada 398 flat empat bilik dan 372 flat lima bilik dan tiga generasi di projek Central Weave @ AMK.



Harga sekitar $535,000 dengan $676,000 bagi flat empat bilik, dan $713,000 hingga $877,000 bagi flat lima bilik.



Di projek Sun Plaza Spring di Tampines, 17.2 pemohon kali pertama bersaing bagi setiap satu daripada 117 flat lima bilik, yang berharga daripada $520,000.



Sekurang-kurangnya 95 peratus flat di estet matang diketepikan kepada pemohon kali pertama.



Sementara itu, kadar permohonan kali pertama bagi 353 flat tiga bilik di dua projek di Bukit Merah - Alexandra Vale dan Havelock Hillside - berada di bawah angka satu.



Ini bermakna semua pemohon kali pertama berkemungkinan mendapat peluang memilih flat mereka.



Dua projek itu berada di bawah model Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH), yang bermakna pemilik tertakluk kepada tempoh pendudukan minimum (MOP) 10 tahun selain klausa pembayaran balik 6 peratus daripada harga jualan semula apabila flat itu dijual di pasaran terbuka buat kali pertama.



Terdapat 3.3 pemohon kali pertama bersaing bagi setiap 1,298 flat empat bilik yang ditawarkan di estet itu.



Di Alexandra Vale, yang terletak bersebelahan stesen MRT Redhill, harga antara $385,000 hingga $477,000, tanpa geran, bagi flat tiga bilik, dan $547,000 hingga $705,000 bagi flat empat bilik.



Satu daripada dua blok dalam projek itu juga akan diketepikan bagi flat sewa.



Harga bagi projek BTO Havelock Hillside, yang berada dalam jarak berjalan kaki ke stesen MRT Tiong Bahru, antara $370,000 dengan $515,000 bagi flat tiga bilik, dan $531,000 hingga $730,000 bagi flat empat bilik.



Dua projek itu mempunyai masa menunggu sekitar lima tahun.



Permohonan ditutup pada 11.59 malam tadi bagi semua projek di portal flat HDB. Flat akan diperuntukkan melalui pengundian.



Mereka yang menerima nombor giliran bagi pelancaran ini boleh menempah flat mereka di Hab HDB di Toa Payoh antara November ini dengan Ogos tahun depan.



Ketua Penyelidikan dan Perundingan ERA Realty, Encik Nicholas Mak, berkata terdapat kurang permintaan ke atas flat tiga bilik di Bukit Merah kerana pembeli kali pertama mungkin menimbangkan rancangan jangka panjang mereka, memandangkan MOP lebih panjang bagi projek itu.



Beliau berkata bagi mereka yang merancang mempunyai anak, flat dengan dua bilik mungkin tidak mencukupi buat jangka masa panjang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >