Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Apartmen Penjagaan Masyarakat baru bagi warga emas dilancar di Bedok pada Disember

Nov 16, 2023 | 06:00 PM



Apartmen Penjagaan Masyarakat Bedok baru akan dilancarkan pada Disember 2023 semasa latihan Bina Ikut Tempahan (BTO) bulan depan.

Penginapan sedemikian merupakan model perumahan awam yang memadankan perumahan mesra warga emas dengan aktiviti sosial serta perkhidmatan penjagaan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan penjagaan warga emas itu.

Kementerian Kesihatan (MOH), Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berkata mereka akan meningkatkan bekalan apartmen sedemikian untuk menyediakan pilihan penginapan yang dibantu atau assisted living kepada warga emas yang mahu menua di rumah.


Apartmen Penjagaan Masyarakat di Bedok merupakan yang ketiga ditawarkan selepas dua projek serupa sebelum ini – Harmony Village @ Bukit Batok dan Queensway Canopy – mendapat sambutan baik.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan MND, MOH dan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Khamis, sehingga 30 apartmen penjagaan masyarakat akan dilancarkan jelang 2030 jika model penyediaan penjagaan sedemikian ternyata berkesan dan boleh diluaskan.

“Kami akan lakukannya di kawasan lain sekitar Singapura agar lebih ramai warga emas mempunyai pilihan menghabiskan tahun-tahun senja mereka di estet kejiranan yang tidak asing bagi mereka,” kata kenyataan itu.

Projek apartmen itu merupakan sebahagian program Sihat Menua SG yang bertujuan menyokong warga emas menua dengan baik dalam rumah dan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >