Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Audit dijalankan sekurangnya sekali sepanjang tempoh sah sijil halal: Masagos

Syarikat dengan pematuhan kurang baik diperiksa lebih kerap, Muis boleh mohon analisis makmal bertauliah bagi bahan mentah
Feb 17, 2021 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) mengaudit semua perusahaan yang memiliki sijil halal sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh sah sijil halal mereka untuk memastikan mereka mematuhi piawaian yang ditetapkan, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Ini merupakan sebahagian pendekatan menyeluruh dan proaktif Muis untuk memantau pematuhan syarat di bawah rangka kerja pensijilan halal Muis.



Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) tentang kekerapan Muis menjalankan pemeriksaan rambang atau pemeriksaan yang tidak diumum selepas memberikan sijil halal Muis, khususnya bagi perusahaan di bawah Skim Produk/Seluruh Kilang.



Dalam jawapan bertulis beliau di Parlimen, Encik Masagos berkata selain audit, Muis menjalankan pemeriksaan yang tidak diumum pada perusahaan bersijil halal yang memproses daging dan produk berkaitan daging.



Ini untuk memastikan mereka tidak melanggar syarat pensijilan halal secara sengaja atau tidak.



Perusahaan dengan rekod pematuhan yang kurang baik diperiksa lebih kerap, ujarnya.



Sebagai sebahagian pemeriksaan rutin Muis juga, perusahaan yang menghasilkan daging dan produk berkaitan daging diperiksa secara rambang setahun sekali untuk memastikan tiada bahan tidak halal dalam produk bersijil halal dan peralatan yang digunakan.



"Muis boleh memohon bagi perusahaan menyediakan analisis makmal bertauliah bagi bahan mentah dan alat yang digunakan untuk memprosesnya bagi mengesahkan bahawa produk itu tidak mengandungi bahan tidak halal atau Muis sendiri boleh menghantar sampelnya bagi ujian makmal secara langsung.



"Muis juga akan meneliti dokumen relevan seperti sijil halal produk, dokumen sokongan dan invois serta mengesahkan tiada perubahan kepada susun atur prasarana dan operasi perniagaan," kata Encik Masagos.



Tambahnya, Muis akan turut memeriksa sekiranya tanda sijil halal Muis disalah guna.



Encik Masagos juga berkata Muis memerlukan perusahaan yang memohon bagi pensijilan halal itu agar menghantar pekerja mereka menjalani latihan oleh Muis serta jurulatih pensijilan halal yang bertauliah supaya mereka memahami erti makanan halal dan bagaimana untuk mematuhi syarat pensijilan halal dengan baik.



Encik Zhulkarnain juga ingin tahu sama ada Muis akan mempertimbang menggunakan teknologi atau cara lain seperti ujian DNA bagi makanan yang diproses sebagai sebahagian daripada usahanya memantau pematuhan dengan pensijilan halal Muis.



Encik Masagos berkata Muis akan terus dibimbing prinsip yang membenarkan kehadiran jumlah amat kecil bahan tidak halal yang tidak dapat dielakkan, sebagai sebahagian undang-undang Muslim yang praktikal.



Dan sekiranya siasatan dilancarkan, seperti produk daging yang dilabel salah, Muis akan bekerjasama dengan Pusat Sains Makanan Nasional (NCFS) Agensi Makanan Singapura (SFA) yang mempunyai keupayaan ujian makmal termasuk ujian DNA.



Sebelum ini, Muis mengarahkan syarikat Li Chuan di Singapura berhenti menggunakan dua produknya - produk 'Li Chuan Fish Ball' dan 'Li Chuan Cuttlefish Ball' - yang didakwa mengandungi DNA babi.



Namun kemudian, Muis berkata pemeriksaan di kilang mendapati semua keperluan sistem pengurusan halal Muis dipatuhi dan hanya bahan yang diluluskan digunakan dalam persiapan makanan.



Semua sampel yang dikumpul diuji oleh tiga makmal berbeza, termasuk NCFS. Tiada DNA babi didapati dalam ujian yang dilakukan, kata Muis.




"Muis boleh memohon bagi perusahaan menyediakan analisis makmal bertauliah bagi bahan mentah dan alat yang digunakan untuk memprosesnya bagi mengesahkan bahawa produk itu tidak mengandungi bahan tidak halal atau Muis sendiri boleh menghantar sampelnya bagi ujian makmal secara langsung. Muis juga akan meneliti dokumen relevan seperti sijil halal produk, dokumen sokongan dan invois serta mengesahkan tiada perubahan kepada susun atur prasarana dan operasi perniagaan."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >