Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Awas! Banyak penipuan baru

67 hilang lebih $71,000, jadi mangsa pelbagai penipuan dalam dua minggu pertama Jun sahaja
Jun 27, 2022 | 05:30 AM



JUN menandakan permulaan musim memfail cukai korporat dan cuti sekolah.



Tetapi, nampaknya ia juga menjadi musim bagi penipu memburu mangsa mereka.



Beberapa varian baru penipuan dikesan sejak permulaan bulan ini, dengan pihak berkuasa mengeluarkan banyak nasihat untuk memberi amaran kepada orang ramai supaya berwaspada.



Dalam dua minggu pertama bulan ini, 67 mangsa kehilangan lebih $71,000 kepada varian baru penipuan itu.



Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) (Iras) mengeluarkan tiga makluman dalam seminggu, dengan setiap satu memberi amaran mengenai satu varian penipuan yang berbeza.



Varian tersebut melibatkan e-mel tipu dengan lampiran mencurigakan, e-mel dan panggilan palsu daripada penipu yang menyamar sebagai pegawai Iras, dan panggilan Whatsapp daripada akaun palsu yang menggunakan logo Iras sebagai gambar profil mereka.



Apabila percutian meningkat semasa cuti sekolah, penipu pula mengaitkan nama agensi pelancongan seperti Chan Brothers Travel, WTS Travel dan CTC Travel dalam helah mereka.



Pada 9 Jun, The Straits Times melaporkan tentang penipu yang menyamar sebgai kakitangan daripada agensi-agensi tersebut dan menawarkan pekerjaan sambilan.



Polis juga telah memberi amaran pada bulan ini mengenai varian penipuan pancingan data.



Satu penipuan pancingan data utiliti melibatkan penipu menyamar sebagai pegawai daripada agensi air negara PUB dan SP Group yang meyakinkan mangsanya supya klik pautan yang diberi dan memberi maklumat peribadi dan perbankan kononnya untuk mendapat bayaran balik bagi bil mereka.



Lagi satu varian melibatkan penipu menyamar sebagai menyedia perkhidmatan pembersihan di media sosial dan meyakinkan mangsanya supaya memuat turun perisian hasad, malware, yang mencuri maklumat peribadi dan perbankan dari telefon bimbit mereka.



DBS Bank pula sedang melawan sebuah kempen penipuan yang menyasarkan pelanggannya.



Setakat ini, lebih 60 mangsa telah kehilangan lebih $60,000 kepada penipuan itu, yang melibatkan SMS tidak diminta dihantar daripada pengirim yang bernama "SG-DBS" atau "DBS-Notice".



Lapan orang telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam penipuan itu.



Orang ramai boleh mengunjungi laman scamalert.sg atau menghubungi hotline antipenipuan di 1800-722-6688 untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.



Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang sembarang penipuan boleh menghubungi hotline polis di 1800-255-0000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >