Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WASPADA PENIPU DALAM TALIAN

Awas e-mel kononnya dari 'PM Lee'

Oct 05, 2022 | 05:30 AM



ANDA terima e-mel daripada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong?



Awas!. E-mel itu mungkin e-mel palsu, menurut Encik Lee yang mengeluarkan amaran itu di Facebooknya kelmarin.



Encik Lee yang memuat naik foto e-mel itu kelmarin, berkata e-mel itu kononnya datang dari Pejabat Perdana Menteri.



"Kandungan e-mel itu berbeza-beza - contoh di sini mengucapkan terima kasih kepada penerima atas sumbangan mereka kepada Singapura.



"Penipu tidak menghentikan usaha mereka," kata Encik Lee, sambil menambah bahawa orang yang menerima e-mel sedemikian harus mengabaikannya, dan tidak menghantarkannya kepada rakan atau keluarga.



"Kita semua perlu sentiasa berwaspada dan lebih berhati-hati.



"Jika ragu-ragu, semak dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan," kata Encik Lee.



Menurut laporan The Straits Times, polis telah memberi amaran kepada orang ramai pada bulan Jun untuk terus berwaspada terhadap artikel dalam talian palsu yang menunjukkan Encik Lee menyokong program perdagangan automatik mata wang kripto.



Artikel ini, yang biasanya merupakan iklan berbayar, bertindak sebagai "umpan klik", kerana ia mengarahkan pengguna ke lelaman web yang berbeza sebaik sahaja mereka mengklik pautan dalam artikel ini.



Penipu juga telah menyasarkan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong dan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung dan mengaitkan mereka secara palsu kepada produk dalam talian.



Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut tentang penipuan boleh menghubungi Talian Penting Anti-Scam di 1800-722-6688.



Orang ramai juga dapat melayari laman web Amaran Penipuan di https://www.scamalert.sg/.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >