Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahagia, puas jaga anak titipan

Ibu bapa titipan kongsi pengalaman, perasaan pastikan anak besar dalam sekitaran selamat
May 22, 2023 | 05:30 AM



MENGASUH anak titipan sejak 2017 memberi pasangan suami isteri Mohamed Suhaimi Mohamed Tahar dan Lenny Haslinda Jaffa kebahagiaan dan kepuasan kerana dapat memastikan anak-anak itu membesar dalam sekitaran selamat dan stabil.



Begitu juga bagi pasangan suami isteri A. Rahim Suman dan Triantina Fahmi, yang mengasuh anak titipan sejak 2016.



"Kami memberi mereka kasih sayang, penjagaan dan asuhan yang rapi selain menunjukkan keprihatinan dan ini tentunya menjadi bekalan apabila kembali ke pangkuan keluarga asal mereka," kata Encik Rahim.



Pengalaman ibu bapa titipan ini diketengahkan semasa Sesi Perkongsian Penjagaan Anak Titipan dan Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Kumpulan Pemulihan dan Perlindungan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) di Wisma Geylang Serai pada Ahad.



Dalam acara itu, ibu bapa titipan berkongsi pengalaman mereka menjaga anak titipan sambil menekankan kepentingan kebersamaan keluarga.



"Peringkat awal sebagai ibu bapa titipan agak menyayat hati. Namun memandangkan kami tidak mempunyai anak kandung, ia juga salah satu detik paling indah kami apabila menyambut anak titipan pertama kami," kongsi Cik Triantina.



Kini, Cik Triantina dan suaminya mempunyai tiga anak titipan, dua berumur 11 tahun dan seorang lagi tiga tahun.



"Kami berdua menjalani latihan sebelum menyambut mereka dan ia sangat membantu kami.



"Ini termasuk cara menangani tingkah laku mereka yang mungkin telah berdepan dengan trauma sambil menjangka keperluan mereka," tambah Encik Rahim.



Encik Suhaimi dan Cik Lenny menjadi ibu bapa titipan walaupun mempunyai anak kandung, dan pada mulanya mereka agak bimbang mengenai pergaulan anak titipan bersama keluarga mereka.



"Dengan anak titipan kami, kami memberinya masa dan ruang untuk menyesuaikan diri dengan kami sambil membiasakan diri dalam persekitaran baru.



"Kami sekeluarga menetapkan rutin. Saya dan suami serta anak-anak kami juga meluangkan masa pada waktu malam untuk membaca buku kepada anak titipan kami," kata Cik Lenny.



Ini membantu memberi peluang bagi keluarga itu membina hubungan lebih kukuh antara mereka.



Menjadi keluarga titipan mempunyai cabarannya tersendiri, namun pasangan ibu bapa titipan itu berkongsi bahawa ia merupakan pengalaman paling menggembirakan dan memuaskan buat mereka.



"Kami melihat bagaimana anak titipan kami berkembang dari aspek seperti psikologi, kognitif, emosi dan sosial.



"Pada mulanya anak itu berdepan dengan masalah lambat bercakap tetapi hanya dalam beberapa bulan dia mula bercakap dengan baik.



"Sungguh menggembirakan melihat bagaimana kami memainkan peranan dalam perkembangan mereka," ujar Cik Lenny.



Ia juga merupakan detik yang sangat mengharukan bagi Encik Rahim dan Cik Triantina apabila anak titipan mereka memanggil mereka mummy dan daddy.



"Sebanyak mana kami menyediakan mereka persekitaran yang penuh dengan kasih sayang, mereka juga telah memberi kami begitu banyak kasih sayang," tambah Cik Triantina yang sentiasa terbuka untuk mengasuh lebih ramai anak titipan selagi mampu.



Bagaimanapun, mereka akur bahawa pada akhirnya perpisahan adalah sesuatu yang normal bagi ibu bapa dan anak titipan.




"Kami terpaksa mengingatkan diri sendiri bahawa anak-anak ini berada bersama kami untuk kebaikan mereka sendiri sebelum mereka kembali kepada keluarga mereka sendiri," kata Encik Suhaimi.



"Kami melihat bagaimana anak titipan kami berkembang dari aspek seperti psikologi, kognitif, emosi dan sosial... Sungguh menggembirakan melihat bagaimana kami memainkan peranan dalam perkembangan mereka.



- Cik Lenny Haslinda Jaffa, menjadi ibu bapa titipan bersama suaminya, Encik Mohamed Suhaimi Mohamed Tahar, sejak 2017.



"Sebanyak mana kami menyediakan mereka persekitaran yang penuh dengan kasih sayang, mereka juga telah memberi kami begitu banyak kasih sayang."



- Cik Triantina Fahmi, menjaga anak titipan bersama suaminya, Encik A. Rahim Suman, sejak 2016.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >