Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banduan larikan diri sewaktu jalani skim pelepasan kerja

Nov 24, 2023 | 06:26 PM



Seorang banduan berusia 36 tahun, yang sepatutnya dibebaskan pada 27 Januari 2023, telah melarikan diri selama lebih tiga bulan dari 13 Ogos hingga 27 November 2022 ketika dia berada di bawah skim pelepasan kerja di Pusat Pengawasan Masyarakat Selarang Park (SPCSC).

Muhammad Noor Indra Hamzah melarikan diri dan melakukan beberapa siri kesalahan termasuk mencuri kereta, memandu tanpa lesen dan merempuh kereta tersebut ketika di bawah pengaruh dadah yang menyebabkan tiga orang cedera.

Muhammad Noor pada Jumaat (24 Nov) telah disabitkan dengan 13 pertuduhan, termasuk memandu secara berbahaya, gagal mematuhi arahan yang diberikan pegawai imigresen dan ugutan jenayah.

Sebanyak 10 lagi tuduhan serupa akan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan pada 12 Disember ini.

Semasa kesnya didengar, mahkamah diberitahu bahawa Muhammad Noor telah dibenarkan meninggalkan SPCSC untuk bekerja di bawah skim pelepasan kerja dan sepatutnya pulang ke pusat itu pada waktu petang.

Banduan di bawah program itu yang kini dikenali sebagai skim persediaan pekerjaan boleh mengikuti latihan kemahiran, mendapatkan pendidikan dan bekerja sebelum mereka selesai menjalani hukuman.

Pada 13 Ogos 2022, dia tidak kembali ke pusat dan mengabaikan panggilan telefon yang dibuat berulang kali oleh pegawai penjagaannya.

Pada 31 Oktober 2022 pula, dia menemui satu set kunci kereta yang terletak pada tayar kenderaan di tempat letak kereta di Toh Guan Road. Dia memandu tanpa pengetahuan pemiliknya.

Selepas bertemu rakan-rakan, dia memandu di sepanjang Tuas South Avenue 3 apabila dia merempuh belakang sebuah lori yang sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Pemandu lori dan dua penumpangnya mengalami sakit kepala, pinggang dan dada selepas kejadian itu. Mereka diberi cuti sakit dua hari.

Semasa kejadian itu, Muhammad Noor mengantuk dan telah gagal mengawasi pemanduannya. Ini disebabkan pengambilan Dormicum, sejenis ubat yang menyebabkannya mengantuk, mahkamah diberitahu.

Pada 13 November 2022, dia berada di lorong berlepas di Pusat Pemeriksaan Woodlands apabila pegawai imigresen memberitahunya untuk memandu keretanya ke kawasan pemeriksaan.

Bimbang dirinya akan ditangkap, dia membuat pusingan dan memandu meninggalkan pusat pemeriksaan, melawan aliran trafik kira-kira 100m di sepanjang lorong kargo berlepas. Dia hampir melanggar sebuah bas ketika dia keluar ke jalan susur Lebuhraya Bukit Timah.

Kira-kira dua minggu kemudian, Muhammad Noor meminta seorang kenalannya menyewa kereta untuknya, kerana dia tidak mempunyai lesen.

Pada 27 November 2022, jurujual kereta yang memajakkan kereta itu kepada kenalan tersebut ternampak Muhammad Noor memandu kenderaan itu di kawasan Punggol dan menyedari dia bukan orang yang menyewa kereta berkenaan.

Jurujual itu mengikutnya dengan menaiki kereta lain dan berhenti menyerong di hadapannya. Untuk mengelak dihalang, Muhammad Noor sengaja memandu dua kali ke arah kereta jurujual itu dan mengugutnya dengan pisau. Kedua-dua kenderaan itu rosak, yang menyebabkan firma pajakan kereta itu menanggung kos pembaikan sebanyak $1,800.

Selepas jurujual itu melarikan diri, Muhammad Noor bergegas ke kawasan hutan berhampiran.

Tidak lama kemudian, orang awam melihatnya di Lebuhraya Tampines dan menghubungi polis, yang bertindak memberkasnya. Polis merampas beberapa paket dadah jenis methamphetamine daripadanya, dan ujian air kencing mendapati dia telah mengambil dadah tersebut beberapa hari sebelum ditahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Encik Norman Yew, memohon hukuman penjara sehingga tujuh tahun, 18 bulan dan 26 minggu, dirotan enam kali, denda $1,000 dan hilang kelayakan memandu semua kelas kenderaan selama tiga tahun selepas tertuduh dibebaskan dari penjara.

Pendakwa raya berkata, Muhammad telah menolak peluang untuk memulihkan diri dan mengelak daripada menjalani hukuman penjara selama 107 hari antara Ogos dan November 2022.

DPP menambah, tertuduh juga gagal melaporkan diri untuk ujian air kencing dalam banyak kesempatan.

Hakim Daerah Luke Tan telah menangguhkan hukumannya kepada 12 Disember ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >