Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bangunan baru Madrasah Al-Arabiah tawar kemudahan terkini

Kampus baru di Lor 6 Toa Payoh dirasmi
Nov 28, 2021 | 05:30 AM



BANGUNAN baru lima tingkat Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) yang menawarkan kemudahan dan prasarana terkini bagi melengkapi kurikulum berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem), dilancarkan secara rasmi semalam.



Kampus baru di Lorong 6 Toa Payoh itu terletak bersebelahan tapak bangunan lamanya yang sudah dirobohkan.



Kerja-kerja pembinaan bangunan tersebut dimulakan pada 2018.



Ia selesai dibina pada Disember 2019 dan telah membuka pintunya kepada pelajar dan guru-guru pada Januari tahun lalu.



Bangunan baru itu dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semalam.



Turut hadir semasa acara tersebut ialah Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh Encik Saktiandi Supaat.



Dalam ucapannya semasa acara itu, Encik Masagos yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, berkata, dengan pentas yang telah siap dibangunkan, MAI kini boleh memberi tumpuan kepada usaha membentuk asatizah masa depan "yang boleh memenuhi keperluan masyarakat yang berbeza dan pelbagai, termasuk dalam sektor seperti kaunseling dan kerja sosial".



Kampus baru itu antara lain dilengkapi dua makmal sains, makmal sumber, makmal mengajar dan pembelajaran serta bilik aktiviti audio visual.



Projek tersebut mengambil masa sekitar 20 bulan untuk dibina dan menelan belanja $17.5 juta yang dibiayai melalui sokongan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan sumbangan masyarakat.



Pengetua MAI, Encik Herman Cher Ma'in berkata:



"Dengan pelancaran rasmi kampus baru ini, kami teruja untuk terus meneroka dan memperkenal pembelajaran serta pedagogi baru untuk menarik minat pelajar.



"Memandang ke hadapan, kita kini ke arah revolusi keempat dan teknologi akan kekal sebagai aspek utama dalam pendekatan kita terhadap pembelajaran."



Dalam kenyataannya, Muis berkata MAI yang merupakan sebahagian daripada Sistem Madrasah Bersama (JMS) sejak 2007, telah memperkenal sukatan pelajaran yang memberi penekanan terhadap iSTEM (Islam dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik).



Tujuan iSTEM adalah membentuk pelajar cemerlang yang dilengkapkan dengan pengetahuan, kemahiran dan pemahaman saintifik berasaskan prinsip serta nilai Islam.



"Kampus baru ini lengkap dengan kemudahan serta prasarana terkini yang menyokong pengkhususan madrasah dalam menawarkan kurikulum yang berasaskan sains sementara memastikan program pelajarnya kekal holistik dan berteraskan nilai Islam dalam membentuk pelajar yang bersedia untuk masa depan," kata Encik Herman.



Laporan lanjut: Muis lancar inisiatif bimbingan kerjaya bagi pelajar madrasah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >