Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bangunkan huraian digital niaga runcit, hartanah

Feb 04, 2023 | 05:30 AM



SYARIKAT Vizzio Technologies dan Stellar Lifestyle telah menjalin kerjasama untuk membangunkan bersama huraian digital tiga dimensi masa nyata interaktif bagi perniagaan runcit dan hartanah Stellar.



Di bawah kerjasama itu juga, ia akan membangunkan aplikasi pada masa depan dan ciri yang memanfaatkan wadah permodelan dan visualisasi 3D berskala bandar Vizzio.



Menurut kenyataan bersama, perjanjian memorandum persefahaman (MOU) yang dijalin itu akan merintis jalan kepada penghasilan huraian baru yang memanfaatkan teknologi berkembar digital Vizzio.



Kerjasama strategik itu juga akan memanfaatkan kepakaran kededua pihak dan memudahkan penghasilan huraian inovatif dalam dunia maya 3D sedang Stellar - anak syarikat SMRT Corporation Limited - melangkah ke arah pendigitalan dan automasi.



Menjelaskan lebih lanjut mengenai kerjasama itu, Pengerusi Vizzio Technologies, Encik Abu Bakar Mohd Nor, berkata kerjasama itu adalah sesuatu yang penting.



"Ini adalah satu kerjasama yang signifikan kerana bagi pihak SMRT yang mahu menawarkan pengalaman ini untuk penumpang, mereka dapat memanfaatkan teknologi kami.



"Ini juga cara SMRT menyumbang semula bagi merangsang dan memperbaiki pengalaman penumpang dan teknologi kami, akan membolehkan mereka melakukan demikian.



"Bagi Vizzio, kerjasama ini amat bermakna dan mencerminkan kewibawaan produk kami," ujar beliau.



Sementara itu, Presiden Stellar Lifestyle, Encik Tony Heng berkata bahawa syarikat itu kini dalam proses transformasi dan sedang usaha meningkatkan pengalaman penumpang dan membantu peruncit untuk menjadi lebih berdaya saing dalam iklim masa kini.



"Kerjasama dengan Vizzio mempercepat transformasi kami dengan meluaskan ruang runcit fizikal dan pengiklanan ke ruang maya, membeli-belah, mencari jalan dalam bangunan, gamifikasi dan lain.



"Penumpang boleh merancang laluan perjalanan dengan lebih berkesan dengan maklumat lebih jelas mengenai perkhidmatan dan kedai dalam perjalanan ke destinasi mereka manakala penyewa berpotensi juga boleh menghadiri acara meninjau secara maya ke unit runcit pilihan sebelum melakukan lawatan fizikal," jelas Encik Heng.



Tambah beliau, firma itu bermatlamat mewujudkan stesen-stesen yang bertenaga bagi menyediakan khidmat lebih baik kepada penumpang sedang negara ini berkembang menjadi sebuah negara bijak.



Menambah lebih lanjut, Pengasas Vizzio, Dr Jon Lee berkata bagi mengikuti landskap yang terus berubah-ubah, firma itu membantu perniagaan mengubah fokus mereka terhadap menjana nilai yang lebih baik untuk pelanggan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >