SELEPAS mengimbas kod QR dan memeriksa suhu badan, pengunjung Perpustakaan Awam Pasir Ris di Pusat Beli-Belah White Sands bersebelahan stesen MRT Pasir Ris pasti terlihat reruai istimewa.
Satu atau dua pegawai lazimnya berada di situ, berbekalkan papan permainan dan risalah. Jangan takut kalau mereka menegur anda!