BEBERAPA jenis ubat yang boleh didapatkan dari kaunter untuk merawat demam, batuk dan selsema didapati kekurangan bekalan di farmasi di sini, kerana lebih ramai pesakit Covid-19 memilih untuk merawat diri sendiri.
Walaupun lebih mudah ditular, varian Omicron yang sekarang dominan, dianggap kurang teruk berbanding Delta, dan mereka yang dijangkiti mengalami demam, sakit tekak dan batuk.