Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas tapak penjara dekat stesen RTS Link Woodlands yang bakal dibina beri laluan kepada pembangunan perumahan

Apr 10, 2023 | 09:08 AM



BEKAS tapak Penjara Khalsa Crescent, berhampiran stesen Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura yang akan dibina di Woodlands North,  akan diubah menjadi estet perumahan di masa depan.



Jurucakap bagi Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) berkata estet yang akan dibina itu membolehkan penduduk merebut peluang pekerjaan di Pusat Daerah Woodlands - kawasan seluas 100 hektar yang merangkumi dua presint iaitu Woodlands Central dan Woodlands North Coast.



Woodlands Central mengelilingi stesent MRT Woodlands, sementara Woodlands North Coast merangkumi Taman Admiralty, Politeknik Republic dan tapak perusahaan berbilang guna di masa depan, selain stesen RTS Link.



Pembangunan semula tapak penjara itu, yang dijadual dikembalika kepada negara pada 2024, adalah sebahagian pelan yang diumumkan sebelum ini, untuk membina perumahan baru di Pusat Daerah Woodlands dan mengubah kawasan itu di bawah program HDB iaitu ‘Remaking Our Heartland’.



Satu institusi pemulihan Penjara Admiralty West - yang terletak bersetentangan Penjara Khalsa Crescent - telah diratakan beberapa tahun lalu untuk membina perumahan.



Jurucakap URA berkata perumahan ini, antara lain akan menyediakan kemudahan seperti taman di dermaga serta keterhubungan pengangkutan, selain memberi manfaat kepada mereka yang ingin tinggal berhampiran keluarga mereka di utara Singapura.



Sebelum Penjara Khalsa Crescent diwartakan sebagai penjara kawalan pertengahan pada 1974, sebahagian bangunannya, sejak 1949,  telah digunakan sebagai tempat tinggal bagi pekerja warga Asia di Pangkalan Tentera Laut Sembawang. 



Tapak penjara itu berada di kawasan yang sebahagiannya diperuntuk bagi kegunaan perumahan, sementara sebahagian lagi diperuntuk bagi kegunaan kededua perumahan dan komersial. 



Sekitar 400 meter dari stesen MRT Woodlands, satu projek perumahan awam dijangka dibina di Woodlands Avenue 3.



URA, pada 6 April, menerbitkan usulan pindaan ke atas pelan induknya, di mana kawasan 1.17 hektar  - seluas sekitar 1 ½ padang bola sepak - diubah kegunaannya daripada kawasan yang disimpan kepada kawasan perumahan dengan nisbah plot kasar 4.2.



Naib presiden penyelidikan dan analitik di OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun berkata kawasan itu boleh menampung sekitar 500-600 unit, merangkumi flat dua bilik fleksi dan flat lima bilik.



Menambah, beliau berkata flat-flat ini boleh menarik awam kerana ia boleh disewakan di akhir  tempoh penginapan minimum (MOP) dan boleh menarik pekerja dari Malaysia kerana ia berdekatan dengan Tambak.



Permintaan kukuh bagi rumah sewa di projek ini juga dijangka bersumber dari pekerja di tampa perusahaan berdekatan dan kakitangan serta pelajar Politeknik Republic, kata Cik Sun.



Pengarah eksekutif penyelidikan dan perundingan di Savills Singapore, Encik Alan Cheong, berkata stesen RTS Link di Woodlands North yang dijadual beroperasi menjelang akhir 2026 akan menarik kumpulan yang ingin membeli-belah di Johor.



Walaupun beliau menjangka permintaan ‘sihat’  bagi perumahan di Woodlands di masa depan, Encik Cheong berkata rancangan untuk membina lebih banyak pejabat dan ruang komersial di sana harus disemak, dengan mengambil kita keadaan geopolitik dan ekonomi yang tidak menentu.



Beliau menyifatkan rantaian bekalan yang terjejas sejak pandemik Covid-19 melanda, ketegangan geopolitik dan kadar bunga bagi pinjaman yang meningkat sebagai antara faktor yang merumitkan ramalan sama ada pelaburan besar dalam prasarana komersial di luar kawasan pusat bandar (CBD) - di pusat daerah seperti di Woodlands - akan memberi manfaat bagi jangka panjang.



Keadaan tidak menentu ini antara sebab tiada pemaju telah menyatakan komitmen bagi ‘tapak putih’ di Woodlands Central sehingga masa ini, kata Encik Cheong, merujuk kepada tapak yang merangkumi dua kawasan bersebelahan stesen MRT Woodlands yang dilepaskan bagi pendaftaran di bawah program senarai rizab Penjualan Tanah Pemerintah bagi separuh pertama 2019.



Pembangunan bagi masa depan itu boleh mempunyai kawasan lantai kasar sehingga 115,747 meter persegi, termasuk 45,000 meter persegi yang harus diperuntuk bagi kawasan pejabat. Baki ruang ini antara lain boleh digunakan bagi tujuan  komersial dan perumahan.



Antara mereka yang akan meraih manfaat jika tapak putih itu dibangunkan adalah bakal penduduk di projek Bina Ikut Tempahan (BTO) UrbanVille@Woodlands, yang sedang dibina dan dijadual siap pada 2026.



Satu laluwan pejalan kaki dan berbasikal sepanjang 1.9 kilomer, bernama WoodsVista Galley akan menghubungkan penduduk ke dermaga Woodlands.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >