BAGI menyebarkan rahmah kepada masyarakat kurang bernasib baik, sekumpulan belia daripada Yayasan Rahmatan Lil ‘Alamin (RLAF) dan Masjid Yusof Ishak mengadakan projek pendekatan warga emas yang dikenali sebagai ‘Project Touch’.
Projek enam bulan itu bertujuan mendekati sekitar 50 warga tua yang menetap di dua flat sewa di kawasan Champions Way, Woodlands, yang berjirankan masjid tersebut.
Sebagai sebahagian projek tersebut, sekitar 20 sukarelawan belia telah mengikuti sebuah sesi latihan di Dewan Serbaguna Masjid Yusof Ishak hari ini (4 Mei).
Sesi latihan itu diadakan untuk mengukuhkan keupayaan sukarelawan dalam bidang komunikasi dan teknik mendekati warga emas, penjagaan kebersihan, bantuan perubatan serta teknik asas memberi makanan kepada warga tua.
“Kita mahu para belia mendekati warga emas dalam masyarakat di Champions Way, sekali gus menyepadukan warga emas ke dalam masyarakat, sama ada di masjid atau di ‘Care Corner’ berdekatan tempat tinggal mereka.
“Kita juga mahu meningkatkan kebolehan para belia ini dengan menerapkan ilmu dan kemahiran tentang (penjagaan) warga emas lebih-lebih lagi dengan masyarakat kita yang semakin menua,” kata Encik Hazmi Mohamed Noor, 24 tahun, Ketua Projek Touch.
Antara aktiviti yang telah dilakukan bersama sukarelawan belia dan warga emas di situ termasuk lawatan ke rumah, sesi merasa makanan tradisional dan sesi membuat sandwic.
Nilai seorang wanita sering terikat dengan identiti mereka sebagai ibu, anak atau pasangan sehingga identiti dan harga diri sendiri sering diketepikan demi kepentingan orang lain.
Dalam lagu Mahal
Dalam kelembutan, pedas betul sindiran Dalia Farhana terhadap si pihak yang berselingkuh dalam lagu terkininya, Curang.
Dari awal lagu ini, Dalia terus melafaz ketidakpuasannya dengan kata-kata manis
Mengenali tanda-tanda kesihatan mental dan cara mengatasi masalah kegelisahan dan kemurungan merupakan langkah penting bagi menjaga kesejahteraan warga emas.
Berikut adalah panduan ringkas untuk
Bermula dengan mengongsikan video ‘cover’ lagu nyanyiannya di media sosial secara spontan di cerita Instagram, Faiz Zikry Abdul Fattah atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Faiz Zikry, 24 tahun
Oleh Dr Nur Farhan Mohammad Alami
Ini kisah ‘Encik Ali’, seorang duda berusia 76 tahun. Beliau mempunyai tiga orang anak yang tinggal berdekatan. Beliau tinggal sendirian di flat tiga bilik HDB
Apabila ternampak tajuk lagu ini, penulis sudah bersiap sedia mendengarkan lagu berentak dangdut.
Terkejut juga apabila ia bukannya lagu dangdut, sebaliknya merupakan gabungan beberapa rentak dan gaya
Betapa kata-kata membuat kita rasa terpana atau khayal terbuai lena mengawang entah ke mana
Betapa kata-kata bagai mata panah tajam menusuk ke jiwa raga lalu menikam bagaikan kuku sang helang
MAAROF SALLEH
Syahrir dipinang menjadi calon pilihan raya.
Berita itu tidak mengejutkan dirinya. Demikian juga kepada beberapa kenalan yang rapat dengannya. Penyertaan seorang aktivis sepertinya dalam
Setiap kemunculan Hari Ibu, pelakon Siti Hajar Abdul Gani akan terkenangkan pengorbanan bukan satu, tetapi tiga ibu dalam kehidupannya – ibu kandung, ibu angkat dan ibu mentua.
Sewaktu kecil, beliau
Sejak dahulu pelancongan di Vietnam terkenal kerana pemandangan indah pantainya sepanjang 3,260 kilometer, sungai, reka bentuk pagoda dan bangunannya serta bandarnya yang sibuk.
Tidak hairanlah