Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia, rumah kebajikan antara diiktiraf sumbang pada masyarakat

Jan 28, 2023 | 05:30 AM



MELIHAT kakaknya sendiri terlibat dalam penyalahgunaan dadah ketika masih belia lagi, Cik Nur Afikah Norazmi bertekad tidak mahu anak-anak muda lain membuat kesilapan serupa.



Ini mendorong beliau menjadi sukarelawan dengan Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (NCADA) dan kemudian dengan Kumpulan Penasihat Belia (YAG) sejak 1 Ogos 2019.



"Saya tak nak belia lain yang sebaya dengan saya pilih jalan yang salah hanya kerana mereka tak tahu nak buat apa dalam kehidupan.



"Lagi pula, kitalah masa depan negara kita sendiri. Jadi kalau kita mempunyai masalah ini (masalah dadah) sekarang, nanti pada masa hadapan, negara ini akan rosak dan mana lagi akan kita pergi?" ujar Cik Afikah, 24 tahun.



Sepanjang menjadi sukarelawan, beliau terlibat dalam pelbagai sesi pendekatan untuk memberikan pandangan dari perspektif belia serta memberi maklum balas tentang bahan-bahan pendidikan anti-dadah.



Beliau juga telah bertemu anak-anak muda di Rumah Tumpangan Remaja Perempuan dan Rumah Tumpangan Remaja Lelaki untuk memberi mereka kata-kata motivasi serta berkongsi tips mencari kerjaya idaman.



Semalam, Cik Afikah, yang baru tamat pengajiannya di Politeknik Singapura (SP) dalam bidang pengurusan maritim dan luar pesisir tahun lalu, merupakan antara 52 penerima Anugerah 'Friends of MSF'.



Anugerah yang disampaikan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) itu diberikan kepada individu atau organisasi sukarelawan yang telah menyumbang kepada jawatankuasa atau projek di bawah naungan MSF.



Ditanya apakah perasaannya menerima anugerah tersebut, Cik Afikah berkata beliau terperanjat dan amat terharu.



"Saya hanya berniat untuk membantu orang lain, memang tak pernah terfikir pun untuk dapatkan anugerah atau pengiktirafan.



"Jadi, bila saya terima emel yang beritahu tentang anugerah ini, memang saya terkejut," katanya.



Sementara itu, rumah kebajikan, Casa Raudha Ltd, telah menerima Anugerah Prihatin Masyarakat.



Sejak 2012, Casa Raudha Ltd telah menyokong lebih 1,500 wanita dan anak-anak mereka yang terselamat daripada keganasan keluarga, menurut pengarah eksekutif rumah kebajikan tersebut, Cik Zaharah Ariff.



"Kami tak sangka akan terima anugerah ini.



"Namun, dengan anugerah yang kami terima ini, ia bermakna usaha kami telah diiktiraf walaupun kami masih agak baru dalam bidang ini.



"Pun begitu, bukan pengiktirafan yang kami kejar bila kami lakukan semua ini, tetapi kami selalu percaya kami perlu lakukan lebih banyak lagi, terutama bagi masyarakat Muslim," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >