Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

100 pelajar ikuti program pementoran belia Mendaki Muda

Aug 03, 2022 | 06:28 AM



LEBIH 100 relawan pelajar institusi pengajian tinggi tempatan dan pekerja muda dari pelbagai latar belakang akademik menjadi mentor kepada lagi 100 pelajar sekolah menengah untuk menawarkan bimbingan pelajaran dan sokongan sosial sepanjang enam bulan dalam satu program anjuran Yayasan Mendaki.



Program itu adalah sebahagian program pementoran belia masyarakat kendalian Kelab Mendaki Muda (YMC) dilancarkan Februari lalu dan satu kerjasama di bawah M Kuasa Tiga (M³) di Tampines dan Woodlands.



Sepanjang enam bulan, para relawan bersama dengan murid bimbingan mereka itu melakukan pelbagai kegiatan yang diadakan dua kali setiap minggu diaturkan khas oleh penganjur untuk memupuk nilai-nilai penting dalam pembangunan belia.



Ia termasuk; keyakinan, kemahiran, masyarakat, karakter, dan perhubungan.



Antara lain, setiap sesi perjumpaan antara mentor dan mentee lebih seperti kawan-kawan yang bertemu secara santai di mana mereka boleh berkongsi tentang pelbagai aspek kehidupan mereka.



Bagi pelajar Sekolah Menengah Tampines Muhammad Rian, 15 tahun, beliau berkata beliau merasakan dirinya lebih yakin setelah bertemu dengan mentornya.



"Saya merupakan seorang yang pemalu dan selalu rasa segan apabila berbual dengan orang lain, terutamaya apabila saya bertemu dengan kenalan baru.



"Namun menerusi Peer, interaksi yang telah saya lalui bersama mentee dan mentor sepanjang program itu, saya rasa lebih yakin terhadap diri saya sekarang."



Rian merupakan antara belia yang menghadiri sesi imbas kembali dalam acara penutupan program itu Sabtu lalu dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan (Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam dan Ahli Parlimen (GRC Sembawang), Cik Mariam Jaafar selaku tetamu kehormat.



Cik Rahayu berkata, Peer memainkan peranan sebagai sebuah sistem sokongan tambahan bagi mentee dalam menawarkan bimbingan kepada mereka dan juga sebuah kaedah untuk mengemas kini apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka melangkaui bilik darjah.



"Ia juga membantu mentee menyedari tentang peluang yang tersedia dan menggalak mereka melengkapkan diri dengan kemahiran baru sedang mereka meneruskan perjalanan hidup mereka masing-masing," kata Cik Rahayu lagi.



Dalam kenyataannya YMC berkata manfaat yang diraih oleh usaha pementoran sebegini bukan tertumpu kepada satu pihak sahaja.



Menerusi model kerjasama M³@ Tampines dan Woodlands, ia telah membantu YMC membina sebuah masyarakat pementoran yang lebih khusus kepada kawasan tersendiri agar ia dapat menerima manfaat daripada lebih banyak sumber untuk menyokong pelaksanaan program itu, serta meningkatkan pengalaman peserta program itu.



Penganjur juga telah menggunakan cara pendekatan baru untuk menghasilkan program yang lebih berkesan seperti mempertuntuk usaha kerjasama dengan sekolah di kawasan berkenaan, kumpulan sokongan ibu bapa, serta pertubuhan yang memberi perhatian kepada golongan rentan untuk meluaskan pendekatan program itu.



Kaedah data dan digital turut diguna dalam merancang dan melaksanakan program Peer, termasuk mengadakan kempen bersama pempengaruh media sosial di TikTok dan Instagram.



"Bagi mereka yang menyertai program itu sebagai mentor, Peer juga telah menawarkan kepada mereka peluang untuk lebih memahami, dan berada dekat dengan realiti yang dihadapi belia muda dalam masyarakat kami," kata YMC.



Encik Masagos Umar, pengerusi program masyarakat Peer berkata:



"Kami sangat berbesar hati kepada relawan yang telah tampil diri sejak Februari lalu untuk menjayakan program ini bagi mentee kami.



"Kerja sukarela ini tidaklah mudah. Ramai antara kami mempunyai pekerjaan sepenuh masa, harus menguruskan keluarga dan pelbagai komitmen lain namun telah membuat keputusan untuk mengetepikan masa untuk menyertai program ini.



"Usaha seperti ini memberi ksan berpanjangan dalam mengukuhkan hubungan antara individu dalam masyarakat Melayu/Islam di sini," tambahnya.




"Ia juga membantu mentee menyedari tentang peluang yang tersedia dan menggalak mereka melengkapkan diri dengan kemahiran baru sedang mereka meneruskan perjalanan hidup mereka masing-masing.''
- Setiausaha Parlimen Kanan (Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam bersama para belia semasa renungan pada acara penutup program Peer kendalian Kelab Mendaki Muda Sabtu lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >