Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PESTA RAIKAN ILMU DAN ANUGERAH MENDAKI

Bersatu dan sama-sama timba ilmu: DPM Heng

Bulan Raikan Ilmu tahun ini berlangsung dari semalam hingga 30 Oktober dengan tema 'Raihkan Peluang'
Oct 03, 2021 | 05:30 AM



SEDANG Yayasan Mendaki meluaskan jangkauannya ke pelbagai segmen masyarakat, termasuk meraikan semangat pembelajaran sepanjang hayat, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, menggesa semua pihak supaya bersatu dan sama-sama belajar.



Semasa melancarkan Bulan Raikan Ilmu Mendaki semalam, Encik Heng turut berikrar untuk sentiasa memiliki sifat ingin tahu dan terus belajar.



"Saya harap lebih ramai orang akan mengikrarkan komitmen terhadap gerakan mendakap pembelajaran sepanjang hayat ini sebagai sebahagian budaya kita.



"Ikrar anda boleh semudah berikrar untuk membaca buku atau berkongsi kemahiran dengan teman atau anggota keluarga anda.



"Saya sendiri mengikrarkan komitmen saya untuk kekal bersifat ingin tahu dan terus menimba ilmu," ujar Encik Heng yang turut menggesa orang ramai agar menyertai kegiatan yang dianjurkan bersama keluarga dan teman mereka sepanjang bulan ini dan menimba ilmu bersama.



Bulan Raikan Ilmu tahun ini, yang berlangsung dari 2 hingga 30 Oktober bertemakan 'Raihkan Peluang' dan ini membina daripada tema tahun lalu, iaitu 'Cintakan Ilmu, Perkukuhkan Daya Tahan'.



Semasa majlis hibrid yang berlangsung secara fizikal di Wisma Mendaki dan menerusi dalam talian itu, Encik Heng turut menyampaikan anugerah kepada hampir 500 pelajar dalam pelbagai kategori di bawah Anugerah Mendaki.



Anugerah itu mengiktiraf pencapaian mereka dalam bidang akademik mahupun bukan akademik termasuk menerusi Anugerah Mendaki, Anugerah Pencpaian Akademik, Anugerah Gemilang Mendaki dan Anugerah Cemerlang Mendaki.



Semasa berucap di majlis itu, beliau menggalak belia untuk menyumbang semula kepada masyarakat sedang mereka mengejar impian dan mencapai cita-cita mereka.



"Mereka boleh menjadi sumber inspirasi bagi generasi akan datang dengan menjadi suri teladan dan mentor yang baik.



"Mereka juga boleh memulakan projek baru dalam bidang yang mereka minati untuk menyumbang semula kepada masyarakat.



"Dengan cara ini, kami dapat memperbaharui dan mengukuhkan semangat gotong-royong bagi era baru," ujar Encik Heng.



Malah, beliau gembira ramai penerima anugerah semalam sudah pun menabur bakti kepada masyarakat.



Antara mereka termasuk Cik Nur Hidayah Sarifudin yang sedang mengikuti program ijazah sarjana muda dalam bidang kerja sosial di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dan merancang menceburi kerjaya dalam sektor penjagaan masyarakat.



Cik Hidayah juga telah berbakti sebagai relawan dengan Khidmat Masyarakat Fei Yue selama beberapa tahun untuk menyokong belia yang menghadapi tekanan perasaan.



Menarik perhatian kemajuan masyarakat Melayu/Islam dalam membina Masyarakat Gemilang selama ini, Encik Heng berkata masyarakat harus bangga dengan pencapaian ini.



Antara lain, hasil dapatan Banci 2020 menunjukkan bahawa masyarakat telah mencapai kemajuan besar dalam bidang pendidikan, dengan 53 peratus belia Melayu berjaya meraih ijazah universiti atau diploma, berbanding 35 peratus yang mencapai kelayakan itu sedekad lalu.



Dengan tahap pendidikan lebih tinggi, lebih ramai Melayu juga kini mempunyai pekerjaan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET), dengan pendapatan lebih tinggi.



Namun, usaha ini belum selesai dan usaha perlu terus dijalankan untuk memupuk setiap generasi baru agar mereka dapat meraih pencapaian lebih besar, ujar Encik Heng.



Tambahnya, kejayaan setiap generasi juga memerlukan sokongan seluruh masyarakat.



"Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa, keluarga, guru dan Mendaki atas usaha mereka yang tidak terhingga banyaknya untuk membantu anak-anak kami mencapai cita-cita mereka," kata Encik Heng.




"Saya harap lebih ramai orang akan mengikrarkan komitmen terhadap gerakan mendakap pembelajaran sepanjang hayat ini sebagai sebahagian budaya kita.

Ikrar anda boleh semudah berikrar untuk membaca buku atau berkongsi kemahiran dengan teman atau anggota keluarga anda.

Saya sendiri mengikrarkan komitmen saya untuk kekal bersifat ingin tahu dan terus menimba ilmu."

- Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.




ACARA UTAMA



  • Anugerah Mendaki dan pelancaran Raikan Ilmu 2021

    - 2 Oktober

  • Membaca Di Bawah Bintang

    - 9 Oktober

  • Finale Raikan Ilmu 2021

    - 30 Oktober

LAMAN MIKRO RAIKAN ILMU



  • www.raikanilmu.sg

  • Ciri e-ikrar bolehkan masyarakat buat komitmen terhadap pembelajaran sepanjang hayat

BAGI KELUARGA DENGAN ANAK KECIL DAN ANAK YANG MASIH BERSEKOLAH



  • Membaca @ Sekolah (pusat prasekolah PCF, tadika masjid)

  • Sesi Bercerita Interaktif Di Dalam Talian

  • ePlayfest (kegiatan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik, atau Steam)

  • Memancing di longkang

  • Li Taarafu - Bulan Kesedaran Keperluan Khas

  • Lawatan Warisan "Hang Nadim Sya'ir"

BAGI PELAJAR DAN BELIA



  • E-sukan

  • Aktiviti memanjat tembok batu

  • Kit Sains Di Rumah 3M

  • Siri dan Seminar Next Stop

  • Melabur Dalam Dunia dan Akhirat

  • Longkang Adventures

BAGI PEKERJA DAN DEWASA



  • Pameran pekerjaan di dalam talian (majikan dalam sektor penjagaan kesihatan dan khidmat sosial; logistik dan pengangkutan; teknologi kewangan (fintech); keselamatan dan keselamatan siber)

  • L.N.S Kafe musim kedua (episod mingguan di Suria mengenai pembelajaran sepanjang hayat dan meningkatkan daya kerja)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >