Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN TRAGEDI DI SEKOLAH TINGGI RIVER VALLEY

Bersatu secara rohani dalam tragedi cerminan kekuatan S'pura

Jul 24, 2021 | 05:30 AM



SESI berdoa oleh wakil berbeza agama menyusuli kejadian yang melibatkan kematian pelajar Sekolah Tinggi River Valley (RVHS) merupakan cerminan kekuatan Singapura sebagai satu masyarakat, yang bergabung secara rohani untuk bersama mereka yang terjejas oleh kejadian tragik tersebut.



Singapura juga perlu teruskan usaha memperkukuh fabrik masyarakat dan menolak "virus ketakutan, mementingkan diri sendiri, xenofobia, dan perkauman", kata Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman semalam.



Beliau berkata demikian setelah wakil dan pemimpin agama berbeza dari Pertubuhan Antara Agama (IRO), berkumpul untuk berdoa buat keselamatan para pelajar di Singapura serta untuk perpaduan negara, di Raffles Town Club.



Beliau akur bahawa semua masih sedang pulih daripada kejadian yang berlaku di RVHS Isnin lalu.



Justeru dalam tempoh sebegini, ia semakin penting untuk bergabung bersama dan saling mengambil berat dan memberikan sokongan.



"Kami berharap mereka menemui keamanan dan ketenangan dalam doa kami," ujarnya sambil memberi jaminan bahawa sokongan akan terus diberikan kepada pelajar dan guru yang terjejas oleh kejadian itu.



Beliau menambah bahawa dengan perubahan disebabkan pandemik ini, masyarakat perlu terus mengekalkan identiti kolektif yang kukuh.



"Kita perlu terus menolak virus ketakutan, mementingkan diri sendiri, xenofobia dan perkauman, yang boleh mengakibatkan lebih kemusnahan kepada semangat manusia dan masyarakat kita berbanding dengan pandemik ini. Kita perlu menyokong mereka yang terjejas secara emosi dan psikologi dan mengarahkan mereka kepada pelbagai saluran bantuan yang ada," katanya.



Imam Masjid Ba'alwie, Habib Syed Hassan Mohd Al-Attas, yang memimpin bacaan doa khas itu semalam berkata peristiwa menyedihkan itu bukan hanya menjejas satu kaum sahaja, tetapi ramai pelajar dan guru rasa bimbang.



"Disebabkan itu, IRO berkumpul tidak kira agama dan bangsa. Kita mendoakan keselamatan anak-anak kita di sekolah, guru-gurunya dan begitu juga rakyat supaya tenang kerana sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya, insya-Allah, dan perkara akan menjadi lebih baik," ujarnya.



Beliau berharap agar semua tenang dan tidak bimbang kerana peristiwa itu merupakan kejadian terpencil dan bukan suatu yang biasa.



Menyentuh tentang kejadian itu, Presiden IRO, Encik Tan Thiam Lye, berkata beliau memahami trauma yang dialami pelajar, keluarga dan guru, dan IRO mengadakan sesi tersebut kerana prihatin akan kesejahteraan masyarakat Singapura.



"Tentunya kita sedang menghadapi beberapa cabaran yang menguji daya tahan kita. Satu-satunya cara untuk mengatasi waktu menguji ini adalah menunjukkan belas kasihan dan mengambil berat antara satu sama lain," tambahnya.



Berucap bagi pihak Kementerian Pendidikan (MOE) dan RVHS, Cik Low Yoke Kiew, Pengarah Zon Sekolah Utara dan Pengarah Cawangan Sekolah (Utara), meluahkan penghargaan atas sokongan kukuh yang diterima dan menurutnya, ini memberikan sekolah tersebut kekuatan untuk terus maju ke depan.



"Kami mahu memberi anda jaminan bahawa kami akan terus ke depan. Kami tidak akan terhambat dalam perjalanan kami dalam memberikan pendidikan yang amat, amat kukuh buat pelajar kami," katanya.




"Kita perlu terus menolak virus ketakutan, mementingkan diri sendiri, xenofobia dan perkauman, yang boleh mengakibatkan lebih kemusnahan kepada semangat manusia dan masyarakat kita berbanding dengan pandemik ini. Kita perlu menyokong mereka yang terjejas secara emosi dan psikologi dan mengarahkan mereka kepada pelbagai saluran bantuan yang ada."
- Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >