Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Boleh simpati nasib rakyat Palestin dan kutuk tindakan Hamas serang Israel: Shanmugam

Konflik Israel-Palestin bangkitkan banyak emosi bukan sahaja di S’pura, malah di seluruh dunia, namun warga digesa hargai keharmonian yang berharga di negara ini
Oct 13, 2023 | 12:05 PM



Seseorang boleh bersimpati dengan nasib rakyat Palestin dan pada masa yang sama tegas mengutuk serangan pengganas ke atas Israel, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.

“Tidak mustahil untuk memegang pandangan yang kuat tentang apa yang berlaku di rantau itu (Timur Tengah). Tidak mustahil untuk berasa kesal terhadap bagaimana rakyat Palestin telah diperlakukan selama ini.

“Tidak mustahil untuk bersimpati dengan nasib rakyat Palestin dan pada masa yang sama tegas mengutuk serangan pengganas yang dilakukan di Israel,” ujar Encik Shanmugam.

Encik Shanmugam, yang juga Menteri Undang-undang, berkata demikian semasa bercakap dengan wartawan pada 13 Oktober. Beliau berkata “tindak balas yang sangat dahsyat” akan menyusuli serangan Hamas ke atas Israel.

“Israel akan bertindak balas dengan kekuatan sepenuhnya. Kita mesti jelas dengan pendirian kita. Kita mengutuk semua tindakan pengganas dan keganasan yang dilakukan sewenang-wenangnya.

“Tetapi kita tidak harus membolehkan kejadian-kejadian ini menjejas keadaan dalaman di Singapura. Di Singapura, kita mesti mengekalkan keamanan kaum dan agama, kita mesti kekal berwaspada,” kata beliau sambil menegaskan bahawa Israel juga mesti patuh kepada undang-undang dan peraturan antarabangsa.

Dalam pada itu, Encik Shanmugam berkata warga Singapura tidak seharusnya membenarkan kejadian luar negara seperti peperangan Israel-Hamas menjejas keadaan dalaman di sini, tetapi sebaliknya mengekalkan keamanan kaum dan agama yang ada di Singapura.

Peperangan seperti yang sedang berlaku di Gaza akan membangkitkan banyak emosi bukan sahaja di Singapura, malah di seluruh dunia, dan akan menyebabkan “perpecahan yang mendalam”, kata beliau.

Semakin konflik tersebut berterusan, perpecahan ini hanya akan menjadi lebih mendalam, tambahnya.

“Terdapat juga perpecahan yang ketara termasuk dalam kalangan negara-negara di rantau kita, sering kali (perpecahan ini) adalah berkaitan isu kaum dan agama, dan kedua-dua pihak memegang pada pandangan masing-masing secara mendalam dan dengan penuh ghairah.

“Pendirian kita terhadap Israel-Palestin dan sokongan kita terhadap penyelesaian dua negara adalah diketahui dan sudah dinyatakan berkali-kali,” kata Encik Shanmugam, yang bertemu media di ibu pejabat Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Khamis.

Encik Shanmugam juga memberi amaran kumpulan pengganas akan cuba mengeksploitasi keadaan sedemikian.

Sebahagian kumpulan ini sudah pun menyeru agar pengikut mereka sama-sama menyertai jihad terhadap Israel dan ada juga laporan berlakunya kejadian anti-semitik di luar negara, katanya.

“Pendirian kami mengenai perkara ini telah dijelaskan selama bertahun-tahun, kami bertindak terhadap sesiapa sahaja yang mempromosikan ekstremisme dan keganasan.

“Sejauh ini, kita telah berjaya mengelak daripada membiarkan acara antarabangsa seperti ini mengganggu kestabilan kita di Singapura.

“Ini merupakan tempoh yang agak sukar, tetapi sikap asas kita tidak boleh berubah. Kita semua warga Singapura, kita memiliki keamanan yang berharga di Singapura dan kita tidak boleh membiarkan peristiwa luaran mempengaruhinya,” tegas Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >