Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku hasil tulisan mantan AP Teo Ho Pin

Buku panduan pengurusan bandar dilancar

Jun 11, 2023 | 03:45 PM



Sebuah buku yang mengisahkan biografi Majlis Bandaran Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah dilancarkan pada 29 Mei lalu.

Diberi judul Handbook of Township Management – The Singapore Model, buku hasil tulisan mantan Anggota Parlimen (AP), Dr Teo Ho Pin, itu “akan menyediakan panduan baik bagi AP, Majlis Bandaran, kakitangan Majlis Bandaran dan pengamal industri untuk memperbaiki pengurusan bandar dan kemudahan masing-masing”.

Dalam satu kenyataan, Dr Teo berkata:

“Buku ini bukan biografi Dr Teo Ho Pin. Ia biografi Majlis Bandaran PAP yang telah berkhidmat kepada penduduk selama lebih 30 tahun.

“Buku ini akan menawarkan panduan baik kepada AP, Majlis Bandaran, kakitangan Majlis Bandaran dan pengamal industri untuk memperbaiki pengurusan bandar dan kemudahan masing-masing.”

Dr Teo pernah menjadi Mayor Daerah North West antara 2001 dengan 2020.

Dalam ucapannya, beliau telah berkongsi tentang perjalanan 30 tahun mentadbir urus majlis bandaran.

Beliau memetik peranannya di Majlis Bandaran Jurong dan pelantikannya selaku AP di GRC Sembawang.

Dr Teo sememangnya dikenali kerana kepimpinannya yang berwawasan, yang mengubah Bandar Bukit Panjang menjadi tempat yang maju, dengan saling terkait serta masyarakat yang mampan.

Majlis itu dilancarkan Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, selain tetamu khas, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Pelancaran itu turut dihadiri beberapa tetamu lain seperti Encik Lim Biow Chuan (SMC Mountbatten), Pesuruhjaya Tinggi Rwanda, Encik Jean De Dieu Uwihanganye, serta para AP dan pengerusi Majlis Bandaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >