Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bunyi melodi berkumandang di beberapa stesen MRT

Nov 09, 2023 | 06:19 PM



Satu projek rintis bagi membangun pengalaman lebih inklusif untuk penumpang dilancarkan SMRT pada Ahad (29 Oktober).

Di bawah inisiatif itu, bunyi berirama berkumandang dalam gerabak kereta api dan platform stesen MRT terpilih di sepanjang Laluan Utara Selatan (NSL), Laluan Timur Barat (EWL) dan Circle Line.

Dalam satu respons kepada Berita Harian (BH), Presiden SMRT Trains, Encik Lam Sheau Kai, berkata inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha membantu penumpang yang bergantung pada deria pendengaran dan berlangsung selama tiga bulan.


Beliau menjelaskan: “Untuk tingkatkan pengalaman perjalanan penumpang, terutamanya mereka yang cacat penglihatan, kami bekerjasama dengan The TENG Company, syarikat kesenian bukan mengaut keuntungan Singapura, bagi menghasilkan bunyi berirama ini.”

Bagi EWL, stesen terlibat adalah Tanah Merah, Expo dan Changi Airport manakala stesen laluan Circle Line pula adalah Bayfront, Promenande, Nicoll Highway dan Stadium. Stesen di NSL adalah Orchard, Somerset dan Dhoby Ghaut.

Bunyi berirama sedemikian dirakam beberapa penumpang yang sedang membuat perjalanan melalui MRT.

Dalam video dimuat naik pengguna Tiktok adiel_rusyaidi pada Rabu (8/11), beliau merakam melodi berirama tersebut di stesen Changi Airport, yang berkemundang sebelum ketibaan kereta api di landasan platform.


Beliau turut merakam melodi berirama di stesen Tanah Merah – bagi setiap stesen, melodi berirama tersebut adalah berbeza.




@adiel_rusyaidi

Happy vibes when arriving in Singapore, but sad vibes when leaving

♬ original sound - Adiel - Adiel



Dalam video yang dimuat naik sebelum ini pada Isnin (6 November), bunyi berirama turut kedengaran di dalam gerabak kereta api sebelum pengumuman dibuat berkenaan stesen selanjutanya semasa beliau menghala ke stesen Changi Airport.

Pendekatan sedemikian menyerupai apa yang dilakukan pengendali metro di beberapa bandar utama Asia seperti Seoul dan Tokyo.

Di Tokyo misalnya, hampir setiap stesen kereta api mempunyai melodi berirama tersendiri, yang dikatakan membantu penumpang kenal pasti sesuatu stesen dengan lebih mudah.

Melodi berirama sedemikian dimuat naik pengguna Tiktok transport_world.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >