Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CABARAN PRESIDEN 2022

Cabaran Presiden galak usaha, kerjasama masyarakat bantu keluarga susah

Golongan tersebut paling mudah terjejas dengan kesan pandemik Covid-19, kata Presiden Halimah
Feb 24, 2022 | 05:30 AM



CABARAN Presiden tahun ini akan memberi tumpuan kepada usaha menyokong keluarga berpendapatan rendah.



Melancarkan Cabaran Presiden 2022 semalam, Presiden Halimah Yacob berkata unit keluarga itu merupakan asas sebuah masyarakat dan barisan sokongan pertama yang ditujui semasa menghadapi kesukaran.



Untuk membina sebuah masyarakat yang berdaya tahan, usaha diperlukan untuk menyokong keluarga supaya dapat membangunkan individu yang dapat menyumbang dan hidup secara bermakna.



"Oleh itu, Cabaran Presiden 2022 akan menggalak usaha dan kerjasama masyarakat untuk mempergiat usaha membantu keluarga berpendapatan rendah dan mengurangkan kesan jangka panjang pandemik ini pada mereka.



"Kami akan mengambil pendekatan dengan tiga cara iaitu memperkasa keluarga berpendapatan rendah, menjaga keluarga yang mungkin memerlukan sokongan tambahan untuk memenuhi keperluan segera dan menggembleng masyarakat untuk menghulurkan bantuan," ujar Puan Halimah.



Beliau berkata demikian semasa berucap di pelancaran Kedai Masyarakat @ Lengkok Bahru, yang merupakan Kedai Masyarakat ketiga kendalian pertubuhan amal Food from the Heart (FFTH).



Dua lagi Kedai Masyarakat FFTH terletak di Mountbatten, yang dibuka pada Februari 2020, dan di Boon Lay, yang dibuka pada Mac tahun lalu.



Semasa lawatannya ke Kedai Masyarakat terkini badan amal itu di Blok 55 Lengkok Bahru semalam, Puan Halimah turut diberi taklimat tentang Project Belanja! kendalian FFTH.



Kedua-dua Kedai Masyarakat dan Project Belanja! kendalian badan tidak meraih keuntungan itu disokong Cabaran Presiden 2022.



Puan Halimah juga bertemu dengan beberapa benefisiari yang hadir memilih barangan yang mereka perlukan dari kedai itu.



Beliau berkata keluarga berpendapatan rendah paling mudah terjejas dengan kesan negatif pandemik Covid-19, seperti pemberhentian kerja dan pengasingan sosial.



Beliau turut menarik perhatian kajian oleh Pusat bagi Penyelidikan Keluarga dan Penduduk yang mendapati bahawa keluarga berpendapatan rendah dengan anak kecil merupakan golongan yang amat terjejas.



Bagi sekitar 20 peratus isi rumah yang tinggal di flat sewa, ada anggota keluarga yang kehilangan pekerjaan semasa pandemik ini - seganda lebih tinggi berbanding jumlah purata bagi semua isi rumah secara keseluruhan.



Lebih separuh daripada mereka yang tinggal di flat sewa juga tidak mempunyai simpanan sekurang-kurangnya sebulan daripada pendapatan keluarga.



Sementara skim pemerintah seperti ComCare dan Geran Pemulihan Covid-19 (CRG) dapat membantu keluarga menangani kesan kewangan pandemik, Puan Halimah berkata adalah penting mereka diperkasa agar lebih bergantung pada diri sendiri dan mencapai kejayaan dalam jangka masa panjang.



Malah, konsep pemerkasaan juga merupakan sebahagian utama Cabaran Presiden kebelakangan ini dan tumpuan ini akan diteruskan bagi Cabaran Presiden tahun ini.



"Sedang kami menangani cabaran beralih menuju ke arah sebuah negara yang berdaya tahan terhadap Covid-19, kita harus terus mempertingkat kehidupan masyarakat yang memerlukan," ujar Puan Halimah.



Tambahnya, Cabaran Presiden 2022 akan mengumpul dana bagi 81 agensi yang melakukan kerja dalam pelbagai bidang untuk membantu mereka mengharungi masa yang sukar ini.





"Sedang kami menangani cabaran beralih menuju ke arah sebuah negara yang berdaya tahan terhadap Covid-19, kita harus terus mempertingkat kehidupan masyarakat yang memerlukan."
- Presiden Halimah Yacob.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >