Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cara dikaji agar keluarga berkeperluan lebih mendesak diutamakan lagi dapat rumah

Desmond Lee: Perlu teliti bina lebih banyak flat kerana jejas bekalan tanah bagi generasi masa depan
BTO
Nov 21, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH sedang mengkaji cara ia boleh mengutamakan lagi akses kepada perumahan awam bagi keluarga mempunyai keperluan lebih mendesak, bahkan yang dalam kumpulan pembeli kali pertama, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



Ini seperti keluarga yang mempunyai anak tetapi tiada rumah sendiri dan keluarga berpendapatan rendah yang pilihan mereka dalam pasaran terbuka lebih terhad.



Encik Lee, bagaimanapun, berkata tidak mudah mencapai kata sepakat tentang cara menentukan keperluan siapakah lebih mendesak.



Ini terbukti daripada ketegangan yang diperhatikan daripada saranan yang diterima, ujar beliau.



Encik Lee berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pembukaan di sesi pendekatan Kementerian Pembangunan Negara (MND)-Majlis Belia Kebangsaan (NYC) bagi gerakan 'Melakar Hala Tuju Singapura' semalam.



Sebagai sebahagian langkah meningkatkan ketersediaan perumahan awam yang boleh dimampui, HDB akan melancarkan lebih 2,000 flat di Garden Waterfront I & II di kawasan Tengah, dengan masa menunggu sekitar tiga tahun dan empat bulan, umum beliau.



Sejauh ini, MND telah mendengar pandangan lebih 9,000 warga Singapura mengenai perumahan melalui tinjauan, pameran bergerak dan sesi pendekatan yang dijalankan di bawah tunggak 'Membina' gerakan itu.



Soal aksesibiliti dalam mendapatkan perumahan awam boleh dimampui di tengah-tengah persaingan sengit dan kadar permohonan tinggi adalah antara keprihatinan yang sering diutarakan.



Encik Lee berkata usaha sedang dilakukan bagi menyediakan lebih banyak flat Bina Ikut Tempahan (BTO).



"Kami telah meningkatkan bekalan flat BTO kepada 23,000 flat tahun ini untuk memenuhi permintaan bertambah dan kami juga merancang melancarkan hingga 23,000 flat tahun depan.



"Kami bersedia melancarkan hingga 100,000 flat BTO antara 2021 dengan 2025, jika permintaan tinggi sedemikian berterusan," kata beliau.



Malah, pemerintah akan melancarkan bekalan besar hampir 10,000 flat di 10 projek penjualan BTO bulan ini, termasuk di Garden Waterfront I & II di Tengah.



Dek pandemik Covid-19 sepanjang dua tahun lalu, banyak kerja pembinaan tertangguh, namun Encik Lee berkata jumlah projek BTO yang tertunda enam bulan atau lebih terus berkurangan daripada lebih 80 peratus daripada kesemua projek pada tahun lalu kepada kurang 50 peratus sekarang.



"Kami menyasar membina lebih banyak flat ini sebagai sebahagian daripada keseluruhan bekalan flat pada masa depan, apabila keadaan perumahan menjadi stabil," kata beliau.



"Namun, kita perlu menimbangkannya dengan teliti, kerana usaha meningkatkan bekalan flat secara ketara juga bererti tapak tanah berkurangan untuk memenuhi keperluan generasi masa depan rakyat Singapura," tambahnya.



MND juga sedang menyemak apakah klasifikasi estet perumahan - matang dan belum matang - harus disesuaikan dan cara melakukannya, kerana garis antara kedua-dua estet itu kian kurang relevan.



"Pilihan bagi flat di estet matang mungkin berpunca daripada kepercayaan masa lalu tentang kemudahan dan rangkaian pengangkutan lebih baik di estet matang.



"Namun, apabila estet belum matang menjadi matang dan garis antaranya dengan estet matang kabur, perbezaan sedemikian mungkin kurang relevan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >