Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cara S’pura kendali kes ubah wang haram penting pada peringkat global: Pegawai kanan UAE

Nov 14, 2023 | 01:58 PM



Ketua pencegahan pengubahan wang haram Amiriah Arab Bersatu (UAE) memuji cara dan keupayaan Singapura mengendali siasatan pengubahan wang haram berjumlah $2.8 bilion, sambil menyifatkan operasi itu sebagai satu kes penting pada peringkat sejagat.

Ketua Pengarah Pejabat Eksekutif bagi Antipengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Menentang Pengganasan UAE, Encik Hamid Al Zaabi, berkata beliau berharap penangkapan penjenayah dalam kes tersebut akan mendorong negara lain mengambil tindakan sama untuk menangani masalah itu.

“Kes pengubahan wang haram di Singapura penting pada peringkat sejagat dan patut dipuji,” katanya, lapor The Straits Times.


“Saya tahu beberapa pengulas berkata jumlah (wang) yang dirampas menunjukkan kelemahan dalam sistem pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan menentang pangganasan di negara ini, tetapi ini salah sama sekali.

“Sebaliknya, ia menunjukkan dua perkara: pertama, kegiatan pengubahan wang haram beroperasi pada skala besar di seluruh dunia; dan kedua, Singapura akan menangkap penjenayah, tidak kira sebesar mana atau seberkuasa mana mereka,” kata beliau.

Kes itu, melibatkan sekitar $2.8 bilion setakat ini, adalah kes pengubahan wang haram terbesar di Singapura yang menarik perhatian antarabangsa.

Encik Al Zaabi sedang berada di Singapura bagi mengetuai satu delegasi pihak berkuasa UAE dengan matlamat mengukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa Singapura dalam memerangi jenayah kewangan.

Bercakap kepada ST, beliau berkata UAE dan Singapura merupakan hab kewangan yang mempunyai reputasi baik, dan akan menarik kedua-duanya, pelaburan sah dan penjenayah seperti kumpulan jenayah terancang yang ingin memindah hasil kegiatan jenayah.


“Jenayah terancang merebak seperti barah dan membawa kemudaratan dalam pelbagai cara.

“Akhirnya, pengubahan wang haram menimbulkan risiko serius kepada kestabilan ekonomi kerana ia menjejas persaingan, menghalang pertumbuhan, memburukkan lagi ketidaksamaan dan menghakis keyakinan terhadap integriti sistem kewangan global,” ujar beliau.

Encik Al Zaabi menambah bahawa pengubahan wang haram biasanya dilakukan merentasi bidang kuasa negara. Oleh itu, negara perlu membina kerjasama antarabangsa untuk menangani masalah itu dengan berkesan.

Menurutnya, negara perlu bekerjasama dengan tahap kepercayaan tinggi, yang sering memerlukan hubungan peribadi mantap.

Bukan agensi penguatkuasaan undang-undang sahaja yang perlu bekerjasama, bahkan perlu ada kerjasama dalam bidang undang-undang untuk mengekstradisi dan mendakwa penjenayah dengan berkesan, ujarnya.

Beberapa daripada 10 tertuduh dalam kes pengubahan wang haram di Singapura itu mempunyai kaitan dengan UAE melalui pelaburan hartanah dan perniagaan serta hubungan peribadi.

Seorang daripada mereka, warga Cyprus Wang Dehai, yang membeli unit kondominium bernilai $23 juta di The Marq di Paterson Hill pada September 2019, berkata di mahkamah bahawa apartmen itu dibeli dengan hasil pelaburan hartanah di Dubai.

Polis di Singapura merampas aset bernilai $43 juta daripada Wang, yang menghadapi dua tuduhan di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain (Rampasan Faedah).

Seorang lagi tertuduh, Su Jianfeng, yang berkata dia seorang ejen hartanah di Dubai, dikatakan memiliki 11 unit kondominium, dua pejabat dan sebuah vila yang kesemuanya bernilai 30 juta dirham ($11 juta) di Dubai.

Warga Vanuatu itu juga berkata dia mempunyai akaun bank di Dubai yang menyimpan tiga juta dirham.

Encik Al Zaabi menambah bahawa dana pengubahan wang haram juga boleh digunakan untuk melakukan jenayah lain, seperti rasuah, di samping kegiatan pengedaran dadah, hidupan liar dan manusia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >