Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing garis tiga cabaran utama dihadapi S'pura

Aug 17, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA berada di titik di mana keputusan penting harus dibuat dalam menangani tiga cabaran utama - dunia pesat berubah, kesan perubahan iklim dan perubahan demografi negara.



Demi memastikan usaha tersebut berjaya, mesti ada kerjasama antara pemerintah dengan industri dan rakyat.



Demikian ujar Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, semasa memberi ucapan sebagai tetamu terhormat di majlis penyampaian Biasiswa Industri-Singapura (SgIS) 2022 di Auditorium Ho Bee, Pusat Kebudayaan Universiti (UCC), Universiti Nasional Singapura (NUS) semalam.



"Penting bagi kita mengetahui bahawa kita berada di titik penting dalam mengatasi cabaran dan peluang yang akan dihadapi Singapura dan warga Singapura dalam tempoh 50 tahun akan datang," kata Encik Chan.



Menjelaskan, beliau berkata perkembangan di luar negara dan "tata global yang semakin tidak menentu serta kompleks" telah mengubah realiti geopolitik dan geo-ekonomi yang dilalui sekarang.



Mengenai isu perubahan iklim, beliau berkata: "Cabaran bagi Singapura ialah mengimbangi usaha kita dalam penyahkarbonan sambil menguruskan kekangan tenaga kita.



"Kita mesti memperbaiki akses kita kepada tenaga yang boleh diperbaharui, kita mesti sama-sama mengusahakan huraian mampan bagi mengurangkan jejak karbon kita."



Dalam menangani cabaran-cabaran ini, Encik Chan berkata Singapura mesti terus kukuhkan tawaran nilainya dalam rantaian nilai global untuk memastikan ia mempunyai tempat dalam tata geo-ekonomi baru.



Ini bermakna Singapura mesti menghasilkan apa yang diperlukan dunia, dan bukan apa yang sudah dihasilkan selama ini "agar kita kekal berdaya tahan dari segi ekonomi dan tidak boleh dipintas dengan mudah, walaupun dalam krisis", kata beliau.



Industri juga mesti secara kolektif mendakap usaha kemampanan tenaga untuk mengatasi cabaran tenaga.



Seperti mana Singapura telah melabur dalam teknologi yang dapat menyelesaikan isu kekurangan airnya, begitu juga industri harus secara konsisten mengguna pakai dan mencipta teknologi yang dapat memimpin usaha penyahkarbonan.



Namun, lebih daripada itu, Encik Chan berkata perlu ada sokongan padu daripada semua lapisan masyarakat masa depan, terutama generasi tua.



"Untuk mencapai ini semua, kita perlukan generasi baru pemimpin industri yang berdaya usaha, berani dan berfikiran sivik," ujar beliau kepada penerima SgIS.



Ini bermakna mereka harus bersifat kreatif dan sentiasa dahagakan ilmu; tidak takut melangkah keluar daripada zon selesa mereka untuk belajar dan memulakan rangkaian di luar Singapura; dan selalu memikirkan tentang warga Singapura lain, tambah beliau.



Semalam, 132 pelajar menerima SgIS.



Dilancarkan pada 2012, SgIS bertujuan memupuk teras pemimpin industri Singapura untuk mengemudi pembangunan industri strategik utama negara.



Sebanyak 79 pertubuhan daripada 14 sektor utama, termasuk bioperubatan, kejuruteraan dan khidmat sosial, menyertai biasiswa tersebut, yang merupakan satu-satunya biasiswa yang ditawarkan dengan kerjasama pemerintah dan industri di sini.



Sejak diperkenal, SgIS telah memberi biasiswa kepada 1,272 penerima.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >