Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: Pelajar perlu miliki keupayaan luas bagi harungi dunia kompleks

Aug 17, 2021 | 05:30 AM



UNTUK mengemudi dalam dunia yang semakin kompleks dan berdaya saing, pelajar Singapura perlu menceburi minat dan memiliki keupayaan yang lebih meluas, melebihi apa yang diajar dan diuji di sekolah.



Sejauh mana negara ini boleh bergerak ke arah ini, jauh daripada tumpuan berlebihan terhadap gred akademik bergantung pada pendidik, ibu bapa dan budaya masyarakat secara amnya, kata Menteri Pendidikan, Chan Chun Sing, semalam.



Menggariskan kepelbagaian sebagai kunci utama mengurangkan "tekanan kurang sihat" mengejar definisi kejayaan yang sama, beliau bercakap tentang perlunya kepelbagaian sekolah, laluan pendidikan, kemahiran, perspektif dan pengalaman.



Encik Chan turut menggariskan perlunya kepelbagaian sekolah dengan ciri-ciri unik bagi memenuhi keperluan pelajar yang berbeza-beza.



Beliau berkata tujuh daripada 10 pelajar di dalam kohort Darjah 1 maju ke peringkat politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal.



Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohd Maliki Osman, juga sedang memimpin semakan bagi memastikan pendidikan dan latihan membolehkan mereka kekal berdaya saing dalam pasaran kerja.



Encik Chan menekankan peranan pentingnya yang dimainkan para guru dan menggesa mereka untuk menjadi "pemikir dan penghubung kritikal" yang "membaca, dan belajar secara meluas serta membuat refleksi secara berterusan."



"Kita juga perlu meneroka memberikan mereka lebih banyak pendedahan melebihi sekolah - dengan menyokong mereka dalam mengikuti program sabatikal atau bekerja sebentar di sektor privet, awam atau masyarakat untuk menyuntik kesegaran ke dalam perspektif selain memperbaiki kemahiran mereka," tambahnya.



Namun beliau juga memberi amaran bahawa mengajar dan menguji lebih banyak tidak bermakna pelajar belajar lebih banyak.



"Kita perlu meninjau semula mengajar dan menguji. Apa yang penting ialah bukan berapa banyak yang perlu diketahui pelajar kita, tetapi seberapa cepat mereka belajar, dan bagaimana mereka dapat menyesuaikan diri dengan sekitaran yang sentiasa berubah."



Encik Chan, yang juga bertanggungjawab terhadap khidmat awam, berkata demikian kepada lebih 1,500 pegawai awam dalam satu forum dalam talian anjuran Divisyen Perkhidmatan Awam dan Kolej Perkhidmatan Sivil.



Dalam ucapan meluas mengenai strategi Singapura untuk terus menakat dan bertahan di masa hadapan, menteri itu berkata melebihi pembelajaran asas dan rasmi, "perubahan" kepada persaingan global adalah terhadap pendidikan awal dan sepanjang hayat.



"Pelajar (dewasa) perlu merasa bahawa program latihan membuat perubahan kepada hasil kerjaya mereka ," tambah Encik Chan.



"Secara kritikal, institut pendidikan tinggi atau IHL kita dan kakitangan mereka perlu kekal relevan. Mungkin kita boleh ibaratkan mereka lebih sebagai institut pengajian berterusan!"



Beliau berkata sedang pemerintah boleh membantu dengan memberikan insentif seperti kredit sepanjang hayat, sokongan majikan juga amat penting, meski pada dasarnya, individu sendiri perlu mempunyai keinginan dan semangat untuk terus belajar.



Dalam ruang pendidikan dan jagaan prasekolah, kos lebih tinggi boleh membimbangkan ibu bapa muda tetapi pemerintah akan terus mencari jalan untuk mengurangkan tekanan dan membolehkan peralihan yang mudah antara prasekolah dan sekolah, kata Encik Chan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >