Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSIDANGAN PERSPEKTIF SINGAPURA

Chun Sing: Segerakan belajar sepanjang hayat agar kekal relevan

Jan 06, 2023 | 05:30 AM



UNTUK kekal relevan, setiap individu perlu mempunyai penetapan minda yang menjangkaui pembelajaran sepanjang hayat, kata Menteri Pendidikan Encik Chan Chun Sing.



Ini bermakna setiap individu perlu mengalihkan penetapan mindanya kepada sikap perlu "bertindak segera" untuk menyasarkan kepada apa yang perlu dicapai bagi memastikan dirinya kekal relevan, tambah Encik Chan.



Bercakap semasa sesi pertama soal jawab di Persidangan Perspektif Singapura anjuran badan pemikir Institut Pengajian Dasar (IPS) bertema kerja semalam, Encik Chan berkata secara umumnya warga Singapura yang beliau anggap sebagai praktikal, sedar bahawa mereka perlu mempertingkat diri dan kemahiran.



"Saya yakin bahawa mesej tersebut (pembelajaran sepanjang hayat) telah diterima, tapi apa yang penting dan apa yang ingin diketahui orang ramai adalah bagaimana dapat mereka imbangi semua ini - akan keluarga dan tanggungjawab mencari nafkah.



"Lantas atas sebab itu dari sudut pemerintah, kami ingin lihat bagaimana kami dapat bekerjasama dengan industri dan institusi kita agar dapat mengupayakan rakyat untuk terus belajar sesetengah perkara yang mendapat tumpuan," katanya.



Beliau berkata demikian sebagai menjawab kepada soalan tentang bagaimana orang ramai seperti pelajar, ibu bapa, pendidikan dan majikan dapat memberi tumpuan kepada peralihan penetapan minda berkaitan dengan peranan pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat dalam ekonomi masa depan.



"Saya fikir peralihan penetapan minda yang perlu dimiliki individu mesti menjangkaui rasa sikap perlu bertindak segera untuk menyasarkan akan apa yang perlu diperolehi agar kita dapat kekal relevan," katanya.



Memetik peralihan penetapan minda selanjutnya, Encik Chan berkata pihak industri perlu beralih daripada konsep bahawa mereka perlu dapatkan pekerja yang memiliki set kemahiran yang lengkap dan diperlukan.



Sebaliknya beliau gesa pihak industri agar menanam penetapan minda yang memerlukan pekerja terus dilatih dan dipertingkat.



"Pekerja yang sempurna dan memiliki set kemahiran yang diperlukan juga perlu dipertingkat pada masa akan datang.



"Dan ini memerlukan kerjasama antara individu dengan industri.



"Kita tidak boleh asyik mencari pekerja yang sempurna dan memiliki set kemahiran yang diperlukan sahaja dan lupa untuk melatih pekerja sedia ada," tambahnya.



Namun beliau akur akan gangguan yang perlu dihadapi pihak industri sekiranya melabur terhadap latihan.



Beliau juga akur akan kebimbangan pihak industri bahawa pekerja yang terlatih itu akan dipujuk menyertai syarikat lain.



"Sekiranya semua industri berfikiran sedemikian, maka ini bermakna kita akan berhadapan dengan kelompok bakat yang tidak berganjak," ujar Encik Chan.



Lantas adalah penting untuk pihak institusi pula bertindak dalam menyampaikan modul yang membenarkan orang ramai untuk meraih kemahiran pada skala dan dalam jangka masa yang sesuai.



Ini, kata Encik Chan, memerlukan rekaan semula kepada pedagogi yang dapat mendekati golongan pelajar dalam kelompok usia berbeza.



"Apa yang diperlukan adalah memastikan setiap kandungan subjek yang disampaikan kepada mereka yang berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an tahun berbeza dengan kandungan yang disampaikan kepada pelajar yang berusia 60-an dan 70-an tahun.



"Justeru kita perlu perkukuhkan penyelidikan tentang bagaimana kita dapat manfaatkan saluran platform berasingan secara berkesan, dan bagaimana kita dapat reka kandungan yang berbeza agar dapat menarik pelajar daripada kumpulan usia yang berbeza," katanya.



Dalam sesi itu, Encik Chan juga menekankan bahawa ujian dan peperiksaan sebenarnya menilai diri setiap individu itu agar beliau dapat mengetahui kekuatan dan kelemahannya sendiri.



"Pada masa yang sama ia juga membenarkan sistem (pendidikan) untuk laksanakan sumber yang diperlukan bagi menyokong fasa selanjutnya dalam pembelajaran individu," kata Encik Chan lagi




"Saya yakin bahawa mesej tersebut (pembelajaran sepanjang hayat) telah diterima, tapi apa yang penting dan apa yang ingin diketahui orang ramai adalah bagaimana dapat mereka imbangi semua ini - akan keluarga dan tanggungjawab mencari nafkah.

Lantas atas sebab itu dari sudut pemerintah, kami ingin lihat bagaimana kami dapat bekerjasama dengan industri dan institusi kita agar dapat mengupayakan rakyat untuk terus belajar sesetengah perkara yang mendapat tumpuan."

- Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >