Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: Universiti Asean main peranan penting bina kepercayaan antara negara

Nov 09, 2022 | 05:30 AM



UNIVERSITI di Asean, sebagai teras yang menghimpunkan pakar atau golongan bijak pandai dalam masyarakat, memainkan peranan penting dalam membina kepercayaan strategik yang amat diperlukan merentas negara berbeza, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.



Ini sedang keamanan dan kestabilan sepanjang 50 tahun lalu tidak lagi boleh diambil sambil lewa.



Kekurangan kepercayaan strategik antara kuasa-kuasa besar akan 'meresap' ke negara lebih kecil, membuatkan ia lebih mencabar bagi negara berbeza untuk bersatu dan menangani cabaran yang dikongsi bersama.



Encik Chan menekankan demikian sewaktu majlis pembukaan Program bagi Kepimpinan dalam Pengurusan Universiti Yayasan Temasek Antarabangsa - Universiti Nasional Singapura (TFI-NUS PLUM) ke-10 semalam.



Encik Chan menjelaskan bahawa cabaran yang dikongsi bersama termasuk isu geopolitik, keselamatan serantau, perubahan iklim, eknonomi antarabangsa, sistem kewangan yang tegang dan sebagainya.



"Inilah di mana saya rasa universiti di Asean sebagai 'teras pemikir' masyarakat kita boleh memainkan peranan penting.



"Saya sentiasa berharap universiti akan menjadi wadah neutral bagi kita untuk membawa mereka yang mempunyai latar belakang berbeza, fahaman berbeza, dan perspektif berlainan untuk bergabung membincangkan cabaran-cabaran ini dan merumuskan idea baru bagi kita untuk maju ke hadapan sebagai satu," katanya.



Beliau berkata lagi bahawa jika negara berbeza mahu membina kepercayaan strategik itu, ia perlu bermula di universiti yang boleh menjadi wadah di mana orang ramai berkumpul dan berbincang secara jujur.



Hanya dengan cara itu, pemahaman yang lebih baik dapat dipupuk dan salah faham dikurangkan.



Beliau mengharapkan persidangan yang diadakan dapat meningkatkan interaksi dalam kalangan mahasiswa dan possiswazah, serta dalam kalangan fakulti supaya dapat membantu negara-negara membina kepercayaan strategik tersebut.



Selain itu, universiti juga memainkan peranan penting dalam membantu membangunkan huraian unik bagi cabaran unik yang dihadapi Asean.



"Asean adalah pelbagai. Kita semua boleh saling belajar daripada satu sama lain dan berkongsi bersama satu sama lain.



"Terutamanya dalam bidang tadbir urus dan sains sosial, kita perlu mencari huraian unik buat masyarakat kita masing-masing," tambahnya.



Menyentuh tentang teknologi, Encik Chan berkata ia boleh menjadi alat untuk membina rangkaian kukuh bukan sahaja di dalam Asean tetapi juga bersama negara-negara lain di dunia.



"Walaupun interaksi maya tidak akan sama dengan interaksi fizikal, dimensi maya juga boleh membantu kita mengekalkan hubungan itu dan mengembangkannya dalam cara yang baru.



"Dan saya harap dengan memanfaatkan teknologi kita akan dapat mempunyai perkongisan kurikulum, bahan kursus, pedagogi dan pertukaran idea lebih besar bagi kita untuk melakukan lebih baik, secara individu dan secara kolektif," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >