Clifford Pier, yang meraikan ulang tahun ke-90 pada 3 Jun, merupakan mercu tanda seni bina di tapak yang wujud seawal 1819.
Beberapa kegiatan telah dirancang oleh pengendali perhotelan, kumpulan The Fullerton Hotels and Resorts, hingga 31 Julai untuk menyambut detik pencapaian itu.
Ini termasuk pameran gambar yang jarang ditemui, pertunjukan lampu dan bunyi, serta usaha memulihkan gelas merah di lampu tambangan itu sebagai memperingati peranan yang pernah dimainkan Clifford Pier sebagai memberi isyarat kepada pelaut sedang mereka menghala ke darat.
Kini menempatkan ruang acara ‘fine-dining’, Clifford Pier merupakan sebahagian kawasan Fullerton Heritage kumpulan itu, yang termasuk The Fullerton Hotel Singapore yang ditempatkan di Bangunan Fullerton bekas Pejabat Pos Besar.