Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 14 warga emas meninggal; 3,174 kes baru, menjadikan kadar pertumbuhan jangkitan mingguan cecah 1.18

Oct 26, 2021 | 12:12 AM



SERAMAI 14 individu antara usia 60 hingga 93 tahun meninggal kerana komplikasi berkaitan Covid-19, dedah Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (25 Oktober).



Kesemua daripada mereka mempunyai kondisi perubatan tersendiri, jelas MOH dalam kenyataannya tanpa memberi keterangan lanjut.



Ini menjadikan jumlah kematian di Singapura sejak pandemik bermula tahun lalu mencecah 329 kes.



Isnin adalah hari ke-36 berturut-turut di mana kematian daripada Covid-19 dilaporkan di Singapura.



Terdapat 3,174 kes jangkitan Covid-19 baru, terdiri daripada 2,843 kes baru dalam masyarakat, 322 kes di dormitori pekerja migran dan sembilan kes import, tambah MOH.



MOH menambah kadar pertumbuhan jangkitan secara mingguan adalah 1.18.



Kes masyarakat termasuk 457 warga emas melebihi usia 60 tahun.



Jumlah keseluruhan kes di Singapura kini adalah 175,818 kes.



MOH juga menambah terdapat 261 pesakit kini yang memerlukan sokongan oksigen di wad hospital umum manakala 107 kes berada dalam keadaan tidak mantap dan di bawah pengawasan rapi di unit jagaan rapi (ICU).



Lagi 64 kes pula sakit kritikal dan berada dalam keadaan intubasi di ICU. Kadar penggunaan khidmat ICU secara menyeluruh adalah 83.6 peratus, jelas MOH.



Daripada sejumlah 366 katil ICU yang ada, 171 katil digunakan pesakit Covid-19 sementara 135 katil digunakan pesakit dengan kondisi lain. Terdapat 60 katil kosong, berkurangan daripada 75 katil pada Ahad.



Sehingga Isnin, terdapat 18,279 pesakit dalam pemulihan di rumah, 4,626 kes di kemudahan jagaan masyarakat manakala 952 kes pula di kemudahan rawatan Covid-19.



Terapat 1,779 pesakit di hospital.



Sejauh ini, 84 peratus penduduk sudah lengkap divaksin manakala 85 peratus penduduk pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin.



Sejumlah 709,525 orang pula sudah menerima suntikan penggalak, menjadikan mereka membentuk 13 peratus penduduk di Singapura.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >