Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Pramugari SIA disifatkan sebagai kes import, terima vaksin pada 2 Feb

Feb 09, 2021 | 11:00 PM



SELAIN pramugari Singapore Airlines yang dikesan positif Covid-19, empat penumpang dalam penerbangan yang sama turut dikenal pasti dijangkiti koronavirus.



Buat masa ini, pramugari warga Singapura berusia 41 tahun itu dan tiga penumpang yang terjejas turut dikesan positif dengan strain virus B117 dari United Kingdom yang didapati mudah menjangkiti.



Menjelaskan demikian dalam kenyataan pada Selasa malam (9 Februari), Kementerian Kesihatan (MOH) berkata pramugari tersebut berlepas dari Singapura pada 30 Januari dalam penerbangan yang berpatah balik ke Amiriah Arab Bersatu (UAE).



Beliau pulang pada 1 Februari tanpa turun daripada pesawat itu ketika sampai ke destinasi luar negara itu.



Wanita ini menampakkan tanda kehilangan deria bau pada 4 Februari tetapi tidak mendapatkan rawatan perubatan. 



Pada 7 Februari, beliau diuji positif Covid-19 sebagai sebahagian ketetapan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) yang memerlukan kru udara menjalani ujian sejurus pulang dari luar negara.



Ujiannya yang dikumpulkan menunjukkan dirinya positif Covid-19 pada 8 Februari dengan pramugari ini dikejarkan ke Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID) untuk menjalani ujian swab individu dan diasingkan.



Hasil ujiannya juga positif keesokan harinya. Ujian sebelumnya pada 22 Januari menyusuli satu lagi penerbangan berpatah balik negatif Covid-19. Hasil ujian serologi juga negatif, menandakan kemungkinan wujud jangkitan baru.



MOH menambah, pramugari ini juga menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech pada 2 Februari. Memandangkan vaksin ini tidak mengandungi virus hidup, beliau kemungkinan tidak dijangkiti kerana vaksinasi.



Ini memandangkan seseorang boleh dijangkiti hanya sebelum atau sesudah vaksinasi kerana seseorang individu mengambil masa beberapa minggu lamanya untuk membangun daya tahannya selepas tamat vaksinasi.



Melihat pada sejarah perjalanan terkininya dan kemungkinan beliau dijangkiti dalam penerbangan, MOH telah menggolongkan kes ini sebagai kes import.



Sebanyak 11 kes import dikenal pasti pada Selasa. Tiada kes masyarakat atau dormitori dikesan.



Antara baki 10 kes import yang dikesan termasuk dua pemegang pas lawatan jangka pendek yang ke Singapura demi pasangan masing-masing.



Salah satu kes tiba dari Indonesia untuk mengunjungi suaminya yang merupakan warga negara Singapura.



Satu lagi kes pula tiba dari Bangladesh bagi menjaga suaminya yang sudah menerima jagaan perubatan di Singapura.



Sebanyak 22 kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Manakala 40 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.



Seorang daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >