Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana subur semangat tiga beradik ubah nasib keluarga

Dec 25, 2022 | 05:30 AM



BAGI tiga adik beradik, Nur Aqilah Mohammad Rohaizad, 14 tahun, Mohammad Hazmi Mohammad Rohaizad, 13 tahun, dan Mohammad Hasri Mohammad Rohaizad, 12 tahun, nenek menjadi tempat bergantung sepanjang mereka membesar.



Dengan ibu bapa mereka keluar masuk penjara akibat kesalahan berkaitan dadah dan jenayah, nenek mereka, Cik Zainah Sulaiman, 60 tahun, terpaksa mengambil alih peranan sebagai ibu dan ayah sedangkan dirinya sendiri menanggung derita penyakit barah.



Menurut pesara itu, beliau menjaga dan mengasuh Hazmi dan Hasri sejak mereka berusia tiga tahun.



Bagi Aqilah pula, Cik Zainah menjaganya sejak sebelum beliau langkah ke sekolah menengah.



Justeru, beban kewangan yang perlu dipikul amat berat.



Ketika ditemui Berita Harian (BH) semalam, keluarga ini meluahkan kesyukuran atas bantuan yang dihulurkan Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF).



Ini merupakan tahun kedua mereka menerima bantuan kewangan daripada HGEF.



Hazmi berkata:



"Wang ini banyak menolong kita. Disebabkan Covid-19, kita hadapi banyak kesukaran kerana tak ada duit cukup untuk beli barang keperluan."



Aqilah menambah keluarga mereka selalu perlu berhati-hati dan mengutamakan apa yang perlu dibelanja kerana keadaan kewangan yang sempit.



Menurut Aqilah, usaha HGEF memberi mereka adik-beradik dorongan agar tidak mengulangi kesilapan ibu bapa mereka.



Melihat neneknya perlu membesarkan mereka seorang diri, Hazmi berkata mereka berazam untuk memberikan yang terbaik dalam pelajaran.



"Kami sedang berusaha sebaik mungkin kerana kami mahu masa depan yang cerah.



"Dana ini memberi motivasi kerana kami tidak mahu berada dalam keadaan yang teruk lagi," ujarnya.



Melahirkan harapan, Cik Zainah berkata:



"Saya jaga mereka sungguh-sungguh dalam pelajaran kerana saya ingin melihat mereka berjaya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >