Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dari bidang minyak, gas kepada jururawat

Aug 16, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN pekerjaannya dalam industri minyak dan gas meraih pendapatan lumayan, di sebalik mindanya, Cik Namira Md Jaya, 33 tahun (gambar kiri), kerap terfikir mengenai kestabilan sektor tersebut dalam jangka panjang. Apatah lagi di tengah-tengah keadaan ekonomi yang tidak menentu.



Lantas tidak hairan jika beliau mengambil keputusan untuk menyertai Program Penukaran Kerjaya (CCP) semata-mata untuk menyertai sektor kejururawatan dan kini beliau jururawat kanan di Pusat Kulit Nasional (NSC).



"Alhamdulillah selepas setahun dalam bidang kejururawatan dan di NSC, saya ingin katakan ia amat bermakna buat saya.



"Saya berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan pesakit dari pelbagai latar belakang dan sememangnya seronok berkongsi cerita dengan mereka," ujarnya.



Kini beliau dapat rasakan kepuasan apabila pesakit menunjukkan penghargaan, tambahnya.



Malah kini beliau, yang juga ibu kepada dua anak, juga amat berterima kasih kerana mampu mencapai keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan serta masa kerja yang lebih tetap bermakna beliau rasa amat berpuas hati.



Kini beliau bekerja Isnin hingga Jumaat lantas mempunyai masa berkualiti dengan keluarganya semasa hujung minggu dan cuti umum.



"Sebagai jururawat, banyak peluang untuk majukan kerjaya sekiranya seseorang itu ingin mendukung cabaran yang diberi," katanya.



Ahli kimia tukar kerjaya dari kendali pelincir kepada jururawat urus pesakit



SEBAGAI seorang ahli kimia dalam industri minyak dan gas, Cik Namira Md Jaya, meraih pendapatan tinggi dalam industri yang penuh persaingan dan terdedah kepada "gangguan" yang tidak menentu.



Lantas selepas lima tahun dalam industri tersebut,wanita berusia 33 tahun itu mendambakan kerjaya yang lebih stabil, dan pada masa itulah hatinya terbuka kepada bidang kejururawatan.



Kisah-kisah kejururawatan yang sering dikongsi ibunya yang merupakan bekas jururawat menyuntik perasaannya merupakan satu lagi faktor tarikan beliau terhadap industri tersebut.



Atas sebab itulah ibu dua anak itu mengambil keputusan menyertai Program Penukaran Kerjaya (CCP) semata-mata untuk menyertai sektor kejururawatan dan kini beliau jururawat kanan di Pusat Kulit Nasional (NSC).



Menceritakan kisahnya kepada wartawan menerusi jawapan bertulis, Cik Namira berkata beliau pernah menguruskan sebuah pasukan yang terdiri daripada para teknisyen bagi memastikan operasi makmal yang lancar.



Ketika itu beliau ahli kimia di sebuah makmal dalam kimia pengkhususan bagi industri minyak dan gas selama lima tahun.



"Selaku ahli kimia saya banyak kendalikan pelincir dan sampel minyak mentah.



"Ia satu sekitaran yang berbeza berbanding dengan industri jagaan kesihatan yang lebih bersih dan steril.



"Selepas lima tahun, saya rasakan yang saya perlu keluar daripada zon keselesaan dan mencuba cabaran baru.



"Memandangkan saya memang sentiasa minat terhadap kesihatan dan kesejahteraan, saya mula berfikir tentang kemungkinan melakukan pertukaran kerjaya pertengahan ke sektor kesihatan.



"Mendengarkan kisah-kisah menarik yang dikongsi ibu setiap hari yang merupakan bekas jururawat selama 35 tahun, saya terpegun bagaimana kepakarannya dapat disumbang kepada masyarakat," ujarnya.



Beliau kemudian mendapat tahu tentang program penukaran profesional (PCP) kini CCP, yang kemudian menawarkan program ijazah sarjana muda dalam kejururawatan.



"Ia bak satu panggilan memandangkan saya memenuhi semua kriteria untuk sertai program itu," tambahnya.



Kalau dahulu beliau kendalikan pelincir, kini tugasannya lebih kepada berinteraksi dan pengurusan pesakit.



Meskipun beliau mengambil potongan gaji sehingga 30 peratus, Cik Namira bersyukur kerana mendapat sokongan penuh suami apabila beliau lahirkan minat menukar kerjaya kepada kejururawatan memandangkan suaminya juga tahu ia kerjaya yang stabil dan mulia.



Begitu juga sokongan yang diterima daripada kededua orang tuanya yang kini secara sukarela ingin menjaga anak-anaknya memandangkan beliau sibuk dengan tugasan sekolahnya.



"Ibu saya juga teruja mendengarkan saya akan menjejak langkahnya menjadi jururawat," katanya yang sudah setahun dengan NSC.




'PANGGILAN' CCP...



"Selepas lima tahun (dalam kerjaya sebagai ahli kimia), saya rasakan yang saya perlu keluar daripada zon keselesaan dan mencuba cabaran baru.



Mendengarkan kisah-kisah menarik yang dikongsi ibu setiap hari yang merupakan bekas jururawat selama 35 tahun, saya terpegun bagaimana kepakarannya dapat disumbang kepada masyarakat."
- Cik Namira Md Jaya, yang terdorong bertukar kerjaya setelah mendapat tahu tentang program penukaran profesional (PCP) kini CCP, yang kemudian menawarkan program ijazah sarjana muda dalam kejururawatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >