Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dasar perkahwinan, institusi kekeluargaan akan diperkukuh: Masagos

Aug 23, 2022 | 05:30 AM



USAHA memperkukuh institusi kekeluargaan di Singapura merupakan satu usaha yang berterusan dan telah wujud malah sebelum Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan bahawa pemerintah akan memansuhkan undang-undang yang menyifatkan seks sejenis antara lelaki sebagai satu jenayah kelmarin.



Bahkan selepas ini, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata semua undang-undang dan dasar tentang kekeluargaan dan perkahwinan bukan hanya akan dikekalkan tetapi akan diperkukuh dalam Perlembagaan negara.



Tambahnya, pemerintah akan meminda Perlembagaan agar semua undang-undang berkaitan perkahwinan dan kekeluargaan tidak boleh dicabar di mahkamah.



"Ini satu perubahan yang pada pandangan pemerintah adalah seimbang, di mana masyarakat LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) sekarang tidak akan lagi dihantui bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah satu jenayah, tetapi juga bagi masyarakat yang ingin mengekalkan norma-norma masyarakat kita, semua undang-undang tentang kekeluargaan dan perkahwinan akan dimartabatkan di dalam Perlembagaan kita," ujar Encik Masagos.



Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama media Melayu setempat semalam.



LAPORAN SELANJUTNYA: Pemerintah komited pertahan institusi keluarga: Masagos




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >