Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Debat Belanjawan: Pejabat baru latih relawan Melayu/Islam lebih cekap dekati masyarakat

Mar 08, 2021 | 09:03 PM



USAHA menyelaras sukarelawan Melayu/Islam dengan lebih baik dan mengurus sumber masyarakat dengan lebih berkesan dapat digerakkan dengan pembentukan pejabat baru yang diterajui pemerintah.



Inisiatif ini adalah antara paduan kerjasama M³ yang terdiri daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Mendaki dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) dan diumum Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, di Parlimen pada Isnin (8 Mac).



Pejabat Penyelarasan Penglibatan Masyarakat M³ (Eco) itu akan memberi tumpuan kepada usaha membina keupayaan relawan di M³@Bandar, yang merupakan wadah bagi anggota masyarakat bekerjasama demi membantu penduduk berdekatan dengan kediaman mereka.



Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua Pendidikan, berkata Eco bakal menyediakan rangka kerja bagi sukarelawan mendalami pemahaman mereka tentang dasar nasional dan skim pemerintah di samping melengkapi diri mereka dengan kemahiran membantu keluarga memerlukan.



Kini, terdapat lebih 500 sukarelawan berdaftar di bawah program  M³.



Menerusi pejabat ini, Dr Maliki berkata M³ akan lebih dapat menyelaras usaha mendekati orang ramai dengan keterangan mengenai program pemerintah seperti Uplift, di mana pegawai yang terlatih meninjau keadaan isi rumah kurang berkemampuan.



Pegawai ini kemudian dapat menyokong pelajar yang memerlukan lebih banyak bantuan untuk hadir ke sekolah secara tetap.



Pejabat ini juga akan menyokong usaha M³ memperkukuh kerjasama dengan badan Melayu/Islam serta kumpulan kemasyarakatan lain bagi merapatkan jurang dari segi bantuan dan memenuhi keperluan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >