Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sama tapi tidak serupa

Demam Barbie: AP S’pura tayang versi Barbie, Ken mereka

Aug 07, 2023 | 04:54 PM



Filem ‘pecah panggung’ ‘Barbie’, yang meraih inspirasi daripada boneka kegemaran ramai kanak-kanak sejak dahulu lagi, telah membangkitkan ‘kegilaan’ terhadap patung plastik itu dan warna merah jambu pekat, atau ‘hot pink’.

Pemimpin politik setempat juga tidak terlepas daripada menyertai ‘hype’ atau kepopularan Barbie, dengan memaparkan versi ‘Barbie’ mereka menggunakan aplikasi kecerdasan buatan, BaiRBIE.me.


Antaranya ialah Anggota Parlimen GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar, yang telah memuat naik gambar versi ‘Barbie’ beliau di Facebook pada Sabtu, dengan rambut kerinting panjang serta berpakaian blazer berwarna hitam dan seluar hitam.

Namun, mukanya serius.

Dalam pos itu, Cik Mariam bertanya mengapa versi ‘Barbie’ beliau tidak tersenyum, dan menerima komen yang menyatakan, bahawa itu versinya jika ke kerja.

Sebaliknya, Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara), Cik Indranee Rajah, pula mempunyai versi ‘Barbie’ yang lebih berwarna-warni dan kelihatan ceria.

Dalam pos Instagram pada Jumaat, versi ‘Barbie’ Cik Indranee mempunyai rambut kerinting yang panjang, blazer warna jambu serta seluar kelabu, sambil menarik bagasi berwarna merah jambu dan putih.







Pemimpin politik lelaki Singapura juga tidak terlepas daripada ‘demam’ barbie itu, dan memuat naik versi ‘Ken’ mereka.

Antara yang telah menarik banyak perhatian warganet ialah Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, yang sempat bercanda tentang versi ‘Ken’ beliau - rambut perang yang disikat rapi, dengan baju hitam yang lengannya digulung dan dua butang teratas terbuka.

Encik Chan berkata, beliau akan memberi versi Ken beliau A++ sekiranya jam Casio di tangan kiri dan bukan di kedua-dua tangannya.


“Menteri Pendidikan perlu memimpin dengan teladan, tidak boleh membuka butang pertama untuk tunjuk dada,” katanya yang menyelitkan emoji gelisah.







Menyusuli itu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim memuat naik versi Ken beliau di Facebook pada Sabtu.


“Versi saya sebagai Ken mengingatkan saya tentang foto perkahwinan saya,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >