Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Depoh Bersepadu East Coast, depoh tren berbilang tingkat pertama dunia, bakal dibuka di Changi pada 2025

Oct 25, 2021 | 10:53 PM



DEPOH kereta api dan bas terbesar Singapura bakal dibangunkan di Changi dan apabila siap pada 2025 nanti akan menampung 200 kereta api daripada tiga laluan berbeza dan hingga 760 bas. 



Menurut akhbar The Straits Times, Depoh Bersepadu East Coast (ECID) setinggi tiga tingkat itu memenuhi plot 36 hektar di Upper Changi Road East, bersebelahan Depoh Changi seluas 25 hektar kini, yang menempatkan kereta api dari laluan MRT Timur-Barat.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) tidak mahu mengulas tentang penyelesaian projek $2 bilion ini dan hanya menyatakan bahawa ia akan siap pada 2025 - setahun lebih lewat daripada tarikh akhir 2024 yang awalnya ditetapkan. Ia adalah antara beberapa projek prasarana yang tertunda kerana pandemik.



The Straits Times difahamkan, kerja sivil bagi bahagian bawah tanah depoh ini sudah selesai manakala kerja tuangan struktur utama dua tingkat di atas dataran tanahnya sudah hampir selesai.



Depoh Bersepadu East Coast ini adalah depoh kereta api berbilang tingkat yang pertama di sini dan dipercayai yang pertama dibina di dunia. Ia juga adalah depoh terbesar dan menampung tren dari tiga laluan - Timur-Barat (tingkat dua), Thomson-East Coast (tingkat pertama) dan Downtown (besmen).



Depoh bas empat tingkat yang disertai bengkel berada di sebelah depoh kereta api ini.



Rekaan depoh bas-kereta api berbilang tingkat ini dikatakan mengurangkan penggunaan tanah sebanyak 44 hektar.



Kerja membina jejambat baru yang merupakan sebahagian daripada depoh baru ini juga sedang dijalankan. LTA berkata lebih 4 kilometer jejambat yang membawa tren Laluan Timur-Barat ke depoh baru akan dibina.



Kereta api Laluan Downtown kini menggunakan Depoh Gali Batu di Woodlands sementara kereta api Thomson-East Coast berada di Depoh Mandai.



"Apabila tamat, LTA akan mula mengusahakan operasi pemindahan daripada depoh Laluan Changi Timur-Barat ke ECID," kata jurucakap LTA itu.



"Depoh Changi yang ada kini akan tidak lama lagi dirobohkan selepas operasi pemindahan menyeluruh," tambah LTA.



Depoh Changi berada di lapangan tanah yang merupakan sebahagian daripada Kampung Koh Sek Lim, sebuah kampung yang  dibina sekitar 1950-an dan diambil pemerintah pada 1983 bagi pembinaan kemudahan MRT.



Berita mengenai depoh ini tersiar pada 2010 apabila sebuah tren yang berada di situ disembur cat oleh dua pelaku musnah dari negara asing. Salah seorang daripada mereka diberkas dan dipenjara tahun itu manakala yang seorang lagi bebas hingga ke hari ini.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >