Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Derma lebih $8,400 dikumpulkan bagi sokong anak-anak pesalah dadah

Apr 11, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH projek bagi mengumpulkan dana bagi membantu menyokong anak-anak penagih dadah dari segi perbelanjaan pendidikan mereka, telah mendapat sambutan cukup menggalakkan.



Kesemua 33 karya penggiat seni mapan, Encik Ahmad Abu Bakar, daripada koleksi 'Candy Gardens' ditampilkan di pameran Project Dedicates habis dibeli oleh para penderma bagi projek itu untuk menjana dana sebanyak $5,030.



Selain itu, terdapat juga penderma yang memberikan sumbangan tanpa membeli karya seni, menjadikan jumlah dana keseluruhan yang terkumpul mencecah sebanyak $8,480 setakat ini.



Pameran itu, yang diadakan sejak Jumaat dan berakhir semalam, dianjurkan bersama oleh Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) dan badan penjanaan awam, Ray of Hope (ROH), dengan kerjasama gim kecergasan setempat, Fit.Bloc.



Ia diadakan di dalam ruang studio gim yang terletak di bangunan The Oasis di Kent Ridge.



Setiausaha Kehormat HGEF, Cik Haslinda Putri Harun, berasa bersyukur dengan sumbangan besar diberikan oleh para penderma bagi projek itu.



"Meskipun karya seni itu boleh dibeli dengan sumbangan derma ikhlas serendah $100, kami mendapat penderma yang menyumbang $1,000, $3,000 dan ada yang membeli dua hasil seni itu. Tidak kurang pula mereka yang menderma tanpa membeli karya itu. Sambutannya cukup menggalakkan, mencerminkan semangat untuk menderma bagi anak-anak pesalah dadah ini. Pada mulanya, saya fikir boleh mendapat sekitar $3,300 tetapi terkesan apabila kami menerima hampir $10,000,'' kata Cik Haslinda.



Beliau menambah bahawa derma itu memberinya motivasi untuk terus membantu golongan itu.



Mac lalu, HGEF mengagihkan dana sebanyak $15,915 kepada 99 anak penagih atau bekas penagih.



Sejak ditubuhkan pada 2005, HGEF telah menyediakan bantuan kewangan kepada anak penagih atau bekas penagih dadah bagi pendidikan mereka. Sepanjang masa itu, ia telah mengagihkan lebih $660,000 dalam bentuk dermasiswa kepada hampir 4,000 pelajar di sini.



Dermasiswa HGEF dianugerahkan kepada pelajar daripada semua peringkat usia dengan matlamat mendorong anak penagih atau bekas penagih dadah ini belajar hingga peringkat posmenengah.



HGEF diasaskan sebagai usaha mengenang jasa mantan Setiausaha Politik (Ehwal Dalam Negeri), Allahyarham Harun Abdul Ghani, yang giat berusaha memerangi gejala dadah dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam semasa hayatnya.



Bagi Encik Ahmad pula, beliau menganggap sumbangan beliau itu sebagai satu cara untuk beliau menyumbang kembali kepada masyarakat.



Ia juga menjadi tanda penghargaannya kepada Allahyarham Harun Ghani kerana telah banyak membantu beliau semasa mula bergiat dalam seni.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >