Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Desmond Lee lawat KL, Pahang

Oct 08, 2023 | 03:18 PM



Menteri Pembangunan Negara dan Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, Encik Desmond Lee, akan melawat Malaysia dari 8 hingga 12 Oktober 2023.

Semasa lawatannya, Encik Lee akan bertemu dengan rakan sejawatannya, ahli politik dan tokoh-tokoh di Kuala Lumpur dan Pahang, menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada Ahad.

Di Kuala Lumpur, Encik Lee akan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Encik Nga Kor Ming; Menteri Ekonomi, Encik Rafizi Ramli; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Menteri Belia dan Sukan, Cik Hannah Yeoh; Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad serta rakan sejawatan utama yang lain.

Pertemuan dan perbincangan itu bertujuan mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Singapura dengan Malaysia serta meneroka peluang kerjasama antara kedua-dua negara.

Menurut MND, Encik Lee juga akan menghadap Putera Mahkota Selangor (RMS) Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Di Pahang pula, Encik Lee akan menghadap Pemangku Raja Pahang (ROP) Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Encik Lee juga akan melawat beberapa tapak pemuliharaan untuk lebih memahami usaha pemuliharaan alam semula jadi Pahang, termasuk pemuliharaan harimau Malaya dan meneroka peluang bagi Singapura bekerjasama dengan Pahang.

Semasa lawatannya, Encik Lee turut diiringi pegawai MND, Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Lembaga Taman Negara (NParks).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >