Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Desmond Lee: Lebih sukar bagi ibu bapa homoseksual bukti mereka tiada hasrat langgar dasar awam tentang keluarga sama jantina apabila mohon ambil anak angkat

Dec 20, 2018 | 07:00 PM



IBU bapa homoseksual yang ingin mengambil anak kandung sebagai anak angkat boleh mengalami kerumitan untuk membuktikan di mahkamah bahawa mereka tidak sengaja menentang pendirian Singapura tentang unit keluarga sama-jantina.



Perkara ini digariskan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Encik Desmond Lee pada Rabu (19 Disember), selepas penerbitan keputusan Mahkamah Tinggi yang meluluskan rayuan seorang lelaki homoseksual untuk mengambil anak kandungnya sebagai anak angkat.



Kanak-kanak lelaki itu, yang kini berusia lima tahun, dilahirkan oleh ibu tumpang di Amerika Syarikat. Rayuan bapanya itu diluluskan atas keputusan yang mengutamakan kebajikan kanak-kanak itu.



Kata Encik Lee, hakim-hakim yang mengadili kes itu akur bahawa meluluskan rayuan itu menentang ‘dasar awam kita yang menentang penubuhan unit keluarga sama-jantina’, tetapi mereka tidak mendapati bukti yang memadai untuk menunjukkan bapa kanak-kanak itu sengaja bertindak untuk melanggar dasar itu.



“Selepas keputusan mahkamat ini diterbitkan… ia mungkin lebih sukar bagi pemohon di masa depan untuk berkata mereka tidak berbuat demikian secara sengaja,” kata Encik Lee.



Menurut Encik Lee, sejak keputusan mahkamah itu diketahui, ada keprihatinan yang ditimbulkan tentang kesannya dan sama ada ia membuka laluan bagi penubuhan keluarga sama-jantina di sini.



Encik Lee berkata kementeriannya sedang meneliti sebab-sebab sebalik keputusan mahkamah itu, sebelum memutuskan tindakan seterusnya.



“Kami akan menyemak undang-undang berhubung pengambilan anak angkat dan dasar berkaitan, untuk mencongak sama ada ia harus dipinda dan terus diperkukuh,” kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >