Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Desmond Lee: Sesuaikan dasar bagi jenis keluarga yang bertambah

Oct 27, 2018 | 07:30 PM



 





Singapura perlu terus menyemak dasar untuk menerima individu dan keluarga dari latar belakang berbeza, termasuk dari keluarga ibu tunggal dan individu yang tidak berkahwin, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Encik Desmond Lee.



Juga, dengan masyarakat yang dibentuk golongan etnik yang kian meluas, Singapura perlu terus mencari ruang dikongsi yang baru dan cara mengekalkan perpaduan sosial, tambah beliau.



Dua aspek perubahan sosial ini ditekankan oleh Encik Lee, semasa beliau berucap tentang kepelbagaian di sidang yang dianjurkan Institut Pengajian Dasar (IPS) untuk menyambut ulang tahun ke-30.



Konsep keluarga di Singapura kini merangkumi keluarga



The concept of the Singaporean family now includes reconstituted families formed by divorcees who remarry, and people who delay marriage or not marry at all. Their numbers are going up, he said.



Tahun lalu, hampir sesuku - atau 23 peratus - perkahwinan adalah antara pihak yang pernah mendirikan rumahtangga - peningkatan empat mata peratusan berbanding 2000, kata Encik Lee.



 Jumlah orang yang menanti lebih lama untuk berkahwin atau yang langsung tidak berbuat demikian juga kian bertambah.



Jumlah keluarga individu tunggal yang tidak pernah berkahwin bertambah hampir seganda menjadi 168,000 antara 2000 dengan 2017, kata Encik Lee.



Menurut beliau, jenis keluarga baru juga telah muncul, seperti pasangan yang tinggal serumah dan pasangan homoseksual, keluarga yang dibentuk pasangan  datuk dan nenek yang menjaga cucu dan keluarga di mana kanak-kanak lebih dewasa mendukung peranan orang tua dan menjaga adik-beradik yang lain.



“Setiap individu masih dianggap sebahagian besar keluarga, tanpa mengambil kira usia, status perkahwinan atau rancangan tempat tinggalnya,” kata Encik Lee.



“Dasar sosial kami mengimbangi antara sokongan kuat bagi keluarga dan perkahwinan, dengan menyediakan ruang bagi keluarga pelbagai jenis dan keadaan sosial. Kita perlu terus menyemak dasar untuk menerima keluarga dari latar belakang berbeza.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >