TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, dan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Encik Airlangga Hartarto, pada Jumaat (12 Mac) membincangkan cara memperkukuh kerjasama ekonomi agar dapat bangkit semula daripada pandemik koronavirus.
Antara perkara yang ditimbulkan dalam mesyuarat maya itu adalah perihal sesuatu yang dipanggil "tiga jambatan" dalam merapatkan hubungan Singapura dan Indonesia.
Kedua-dua menteri ini juga mengalu-alukan pelaksanaan Perjanjian Pelaburan Dua Hala Singapura-Indonesia yang menentukan undang-undang layanan pada pelabur dan pelaburan daripada kedua-dua negara.
"Sedang pandemik ini teruk menjejas ekonomi sejagat, kerjasama ekonomi rapat kami kian berkembang dengan kejayaan yang bertambah, dan kami akan bekerjasama bagi merebut peluang baru," tulis Encik Heng di laman Facebook.
Beliau yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi dan Menteri Kewangan menambah:
"Tahun lalu, Singapura sekali lagi adalah pelabur asing terbesar di Indonesia, meskipun dalam tempoh pandemik. Ia membuktikan kekuatan jalinan ekonomi dua hala kami."
Pelaburan Singapura di Indonesia keseluruhannya mencecah AS$9.8 bilion ($13.2 bilion) tahun lalu. Indonesia adalah salah satu daripada 10 rakan dagangan terhebat Singapura dengan dagangan dua hala mencecah $48.8 bilion.
Sambil meniru gaya pelawak, S. Shamsuddin, dalam filem Pendekar Bujang Lapok, seorang teman berkata, “Alif tendang wau... Sarkaslah!”
Beliau bukan berlatih untuk sesi uji bakat menjadi pelawak tetapi
Terletak di tengah-tengah Haji Lane yang rancak, dua kedai, Waroeng Anak Indo dan Rumi The Poet’s Cup, telah muncul sebagai tempat melepak bagi golongan belia yang ingin berehat dan bersembang.
Meskipun mendapat julukan tempat lepak ‘mat’ dan ‘minah’, kedai minuman, Rumi The Poet’s Cup di Haji Lane, mempunyai daya tarikannya sendiri, kata pelanggan.
Sedang ada yang mengakui kurang selesa lalu
Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menyifatkan kecerdasan buatan (AI) bukan hanya melibatkan ChatGPT atau Model Bahasa Besar, bahkan sebagai teknologi utama masa depan –
Ramai wanita hamil dilapor mengalami gingivitis – sejenis keradangan gusi.
Gejalanya termasuk bengkak, pendarahan, kemerahan, atau kelembutan pada tisu gusi.
Ini mungkin disebabkan oleh perubahan
Dalam satu ‘reunion’ atau pertemuan semua dengan kawan-kawan sekolah lama baru-baru ini, soal perkahwinan masing-masing antara hangat diperkatakan.
Ada yang mengadu menahan rasa ‘sebal’ kerana perlu
Keadaan biologi kita berubah seiring pertambahan usia. Ia menyebabkan warga emas mempunyai alasan berbeza untuk kekal cergas berbanding generasi muda.
Ketika seluruh negara bergerak ke arah gaya hidup
Dengan barisan pelakon handalan dan ‘nama besar’ dalam industri hiburan Malaysia seperti Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Remy Ishak menjadi sebahagian daripada filem, The Experts, tidak
Jangan buang tabiat... dah tua-tua, tak payah nak romantis macam orang muda – mungkin ini antara dialog yang pernah kita dengar dalam kalangan pasangan yang sudah bergelar datuk dan nenek.
Ahli Daftar
Cuba bayangkan alunan dan lirik lagu, ‘Kita Bikin Romantis’ nyanyian kumpulan dari Indonesia, Maliq & D’Essentials, ketika membaca tulisan di bawah ini.
Ini kerana laporan kali ini menyingkap kisah

"Pelaburan Singapura tahun lalu adalah yang tertinggi dalam masa enam tahun lalu dan ini menunjukkan jalinan dua hala kami yang akrab," kata Encik Airlangga, yang ditukil laman berita Rakyat Merdeka pada Jumaat.
Salah satu jambatan yang dimaksudkan adalah "jambatan digital" buat syarikat teknologi di Singapura dan Indonesia melibatkan Taman Digital Nongsa di Batam, jelasnya.
Jambatan kedua pula adalah "jambatan prasarana" dengan rancangan membina jambatan 6.4 kilometer yang menghubungkan Batam dengan Bintan tahun depan bagi merangsang ketersambungan dan pelaburan.
Manakala jambatan ketiga pula adalah "jambatan gelembung kembara" bagi membantu sektor pelancongan di kedua-dua negara.
Kata Encik Heng:
"Encik Airlangga dan saya berbincang bagaimana ingin membina jambatan-jambatan ini - antara dua negara dalam Asean dan secara global. Kami telah meminta pegawai masing-masing agar meninjau apa lagi yang boleh dilakukan bagi memperkukuh ketersambungan dan kerjasama dua hala bagi tahun-tahun mendatang."