Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng: Perkasa belia jaga diri sendiri, orang lain dan pimpin masa depan

Nov 13, 2022 | 08:27 AM



SINGAPURA harus memperkasa belianya bagi mengekalkan kesejahteraan mereka, bagi mereka memimpin masa depan mereka sendiri, menyokong satu sama lain sebagai rakan sebaya dan memberi kesan positif kepada masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.



Demikian harapan Encik Heng bagi belia yang dilahirkannya semasa berucap di pelancaran Program Pembangunan Kepimpinan Mampan dan Youthbank 4.0 rangkaian belia Heartware Network semalam.



Rangkaian itu ditubuhkan pada 2000 dengan tujuan mendekati belia dan membawa manfaat kepada golongan itu menerusi programnya.



Program perintis itu bertujuan memupuk belia menjadi penyumbang masyarakat kuat dan berdaya tahan, yang menghargai cabaran masyarakat dan aktif membantu golongan memerlukan.



Seramai 1,000 pemimpin belia akan menyertai program itu. Mereka akan dapat membangunkan kemahiran pelibatan masyarakat yang lebih baik, belajar cara merancang dan mengatur projek masyarakat, dan mendapat bimbingan bekas pemimpin belia.



Program itu akan bermula dengan belia di East Coast dan diperluas ke kawasan lain di Singapura pada masa akan datang, kata Encik Heng, ketua penaung Heartware Network.



Selain program itu, portal dalam taliannya, Youthbank, yang memadan minat belia dengan pelbagai keperluan luas masyarakat, menjadi pendaya utama rangkaian itu.



Hingga kini, 25,000 belia menggunakan Youthbank dan menyumbang kira-kira 80,000 jam masa sukarelawan melalui portal itu setiap tahun.



Portal itu, yang asalnya sebuah portal web dan kini sebahagian besarnya diakses melalui aplikasi mudah alih, dikemas kini semalam.



Dinamakan Youthbank 4.0, ia secara mudah menghubungkan belia yang tinggal di kawasan sama atau bekerja dalam industri serupa.



Relawan juga boleh memperoleh lencana bagi sumbangan mereka serta syiling berdasarkan waktu impak sosial yang telah mereka sumbangkan. Syiling ini boleh digunakan untuk mendaftar bagi bengkel untuk menambah baik kemahiran kepimpinan mereka.



Encik Heng berkata: "Memandangkan belia kita adalah kunci bagi masa depan lebih baik, kita mesti memupuk mereka dan menyediakan banyak peluang untuk pertumbuhan mereka, supaya mereka boleh berkembang sebagai individu dan menjadi sebahagian daripada masyarakat dinamik, penyayang dan bersatu padu."



Tinjauan Heartware Network tahun lepas menunjukkan 85 peratus belia di sini bersikap optimistik tentang masa depan, dan ramai menyatakan masyarakat dan sokongan sosial sedia ada berfungsi sebagai pendaya utama.



"Tetapi belia kita juga perlu menghadapi tekanan hidup, yang diburukkan lagi oleh Covid-19. Jadi, adalah penting mereka belajar menjaga diri dan orang sekeliling mereka," ujar Encik Heng.




"Memandangkan belia kita adalah kunci bagi masa depan lebih baik, kita mesti memupuk mereka dan menyediakan banyak peluang untuk pertumbuhan mereka, supaya mereka boleh berkembang sebagai individu dan menjadi sebahagian daripada masyarakat dinamik, penyayang dan bersatu padu... Tetapi belia kita juga perlu menghadapi tekanan hidup, yang diburukkan lagi oleh Covid-19. Jadi, adalah penting mereka belajar menjaga diri dan orang sekeliling mereka."
- Encik Heng Swee Keat, Timbalan Perdana Menteri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >