Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng: SG tawar sekitaran konstruktif bagi syarikat teknologi tebar sayap

Jun 15, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT teknologi yang ingin meneroka idea untuk menangani cabaran utama memerlukan sekitaran yang merangsang inovasi rentas sempadan, di samping disokong peraturan yang konstruktif.



Berikutan itu, syarikat-syarikat berkenaan perlu memperluas diri dengan menceburi peringkat antarabangsa dan Singapura merupakan salah satu destinasi yang menawarkan prasarana serta akses yang diperlukan untuk merentasi proses ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.



Beliau berkata demikian dalam satu acara hibrid Minggu Teknologi London dengan menggariskan potensi bagi teknologi memperbaiki kehidupan di tengah-tengah risiko yang tercetus akibat krisis iklim, penduduk yang semakin menua dan pandemik, antara isu lain.



Untuk mendapatkan huraian, ia memerlukan daya saing yang lebih padat dan "cara utama ialah menceburi roda tenaga inovasi dan menjadi sebahagian daripada aliran inovasi," kata beliau.



Lantaran itu, Singapura mengalu-alukan kehadiran pelbagai bakat menerusi skim seperti Tech Pass, iaitu visa bagi usahawan dan pemimpin teknologi asing yang sudah mantap selain keinginan membangunkan masyarakat dengan inisiatif seperti Startup SG yang menawarkan pementoran dan geran.



"Di Singapura, anda juga akan dapat memanfaatkan satu daripada pasaran penyedia modal (VC) terbesar di Asia Tenggara.



"Tahun lalu sahaja, startup yang berpangkalan di Singapura mengumpul AS$11 bilion (S$15 bilion) - tiga kali ganda jumlah yang dikumpul pada 2020 - dan 11 startup dilahirkan di sini," kata Encik Heng.



Beliau turut menukil rangkaian Persekutuan Inovasi Global Singapura yang menghubungkan startup kepada lebih 15 hab utama serata dunia, termasuk London.



Singapura juga menjadi hos acara tahunan Minggu Inovasi dan Teknologi yang akan berlangsung Oktober tahun ini bagi memudahkan pertukaran dan aliran idea.



Encik Heng berkata untuk inovasi kekal mekar, satu pendekatan peraturan konstruktif amat diperlukan.



"Firma teknologi baru menerima gabungan kritikan skeptikal dan keghairahan yang bersemangat. Ini boleh difahami," ujarnya.



Beliau memberi contoh bagaimana aset krypto dengan mata wang krypto merupakan risiko kepada pelabur runcit dan juga terdedah kepada spekulasi.



"Tetapi terdapat potensi besar dalam teknologi rantaian blok yang tersembunyi, misalnya dalam penyelesaian mata wang rentas sempadan secara borong," ujarnya.



Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, menggesa pengawal atur agar tidak hanya membataskan teknologi sedemikian dan mengambil contoh pendekatan Singapura yang bekerjasama dengan industri untuk mengurangkan risiko dan pada masa yang sama, menggalak inovasi.



Minggu lalu, beliau mengumumkan satu projek rantaian blok oleh bank pusat Singapura untuk meninjau potensi ekonomi kewangan terpencar dan bagaimana menubuhkan perlindungan pengaturan, jika perlu.



Semalam, beliau menggesa syarikat yang ingin memperluas firma mereka secara global supaya meninjau melebihi pasaran Asia biasa seperti China, India, Jepun dan Korea Selatan.



Syarikat startup boleh menimbangkan Asia Tenggara yang dihuni lebih 660 juta orang.



Memberikan sebab, Encik Heng berkata Asia Tenggara mempunyai golongan kelas pertengahan yang semakin berkembang serta penduduk muda dan celik digital.



Ekonomi digital di rantau ini juga dijangka naik seganda kepada lebih AS$360 bilion menjelang 2025.



"Singapura boleh menjadi nodus berguna bagi anda memasuki rantau ini," katanya kepada pemimpin teknologi dan startup yang hadir secara fizikal di ibu kota Britain dan secara dalam talian.



"Meski terpisah ribuan batu secara geografi, kita sedang membina jambatan baru yang boleh menarik kedua-dua rantau kita lebih dekat bersama.



"Justeru saya berharap anda akan meneroka rantau kami dan memperluas pertumbuhan anda," kata beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >