Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Heng: Terlalu awal untuk sejukkan pasaran hartanah

Feb 18, 2021 | 05:30 AM



TERLALU awal untuk membincangkan langkah menyekat pasaran perumahan yang sedang rancak, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



Namun, beliau berkata sekitaran kadar faedah rendah boleh mendatangkan risiko kepada komitmen kewangan besar, dan pemerintah perlu memantau pasaran.



"Kadar faedah sekarang begitu rendah, malah dalam sebahagian kes negatif, jadi ini boleh membawa kepada keadaan di mana aset ditetapkan pada harga yang salah secara signifikan dan risiko signifikan membuat pelaburan di tempat salah," kata Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan, dalam satu wawancara bersama Bloomberg.



"Apabila individu komited membeli hartanah, mereka (meletak) sebahagian besar simpanan hayat mereka di dalamnya dan kami ingin memastikan bahawa itu adalah sesuatu yang dapat berterusan," ujar beliau.



Encik Heng berkata demikian di tengah-tengah spekulasi bahawa pemerintah mungkin mengambil langkah baru untuk menyejukkan pasaran hartanah.



Ini termasuk cadangan mengenakan had pinjaman yang diperketat, cukai setem lebih tinggi dan memperuntuk saiz minimum bagi setiap unit kondominium, serta mengawal komisyen ejen.



Menyusuli krisis kewangan Asia dan krisis kewangan sedunia, pemerintah membentuk wadah pemantauan risiko bagi keseluruhan ekonomi Singapura dan agensi-agensi berbeza sedang memantau aspek berbeza melalui wadah itu, kata Encik Heng.



"Oleh itu, pemerintah akan ber tindak awal sewajarnya jika ini di perlukan," ujar beliau.



Pasaran hartanah tempatan telah melalui pemulihan pantas selepas pandemik Covid-19 menyebabkan ekonomi terjejas teruk.



Bulan lalu, jumlah rumah privet baru yang dijual melonjak kepada 1,609 unit, 32 peratus lebih tinggi daripada jumlah yang dijual Disember lalu.



Ini membayangkan spekulasi bahawa langkah pemerintah menyekat pembelian rumah privet telah mengundang kesan bertentangan, iaitu ia mendorong pihak awam membuat pembelian.



Sebelum ini, menteri Kabinet, termasuk Encik Heng, mengatakan mereka tidak mahu pasaran menjadi terlalu rancak hingga melebihi asas ekonomi.



Kali terakhir pemerintah melaksana langkah penyejukan pasaran hartanah - cukai setem lebih tinggi dan had pinjaman rumah lebih ketat - menyebabkan harga perumahan meningkat 2.2 peratus pada 2020.



Sebelum langkah itu, harga perumahan melonjak 9.1 peratus dalam tempoh 12 bulan sebelum nya.




"Kadar faedah sekarang begitu rendah, malah dalam sebahagian kes negatif, jadi ini boleh membawa kepada keadaan di mana aset ditetapkan pada harga yang salah secara signifikan dan risiko signifikan membuat pelaburan di tempat salah. Apabila individu komited membeli hartanah, mereka (meletak) sebahagian besar simpanan hayat mereka di dalamnya dan kami ingin memastikan bahawa itu adalah sesuatu yang dapat berterusan."
- Encik Heng Swee Keat, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >