Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Lawrence Wong bakal ambil alih PM Lee sebelum GE

Nov 05, 2023 | 11:46 AM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan menyerahkan pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP) kepada Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, sebelum Pilihan Raya Umum (GE) akan datang.

Mengumumkan demikian dalam ucapannya semasa majlis Anugerah dan Konvensyen PAP 2023 di Singapore Expo pada Ahad, Encik Lee berkata Encik Wong memberitahunya bahawa beliau sudah bersedia.

“Saya yakin sepenuhnya terhadap Lawrence dan pasukannya.

“Tidak ada sebab lagi untuk melewatkan peralihan politik ini.

“Oleh itu, saya mahu menyerahkan (pucuk pimpinan) kepada DPM Lawrence sebelum GE berikutnya,” ujar Encik Lee.

Encik Lee menambah bahawa beliau akan tetap melakukan yang terbaik untuk membantu Encik Wong dan pasukan 4G memenangi GE akan datang serta memenuhi tanggungjawab mereka memimpin Singapura agar negara ini akan terus berjaya selama bertahun-tahun akan datang.

“Jika semuanya berjalan lancar, saya akan menyerahkan pucuk pimpinan menjelang ulang tahun PAP ke-70 tahun depan,” kata Encik Lee.

Pilihan raya umum seterusnya perlu diadakan menjelang November 2025.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >