Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Dua biasiswa PSC baru rangkumi aspek kemampanan akan diperkenal

Jul 21, 2022 | 05:30 AM



SATU kategori biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) baru yang merangkumi Biasiswa PSC (Kemampanan) dan Biasiswa Sarjana PSC (Kemampanan) akan dimulakan tahun depan.



Ini diumumkan oleh Menteri Pendidikan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, dalam ucapannya di majlis anugerah Biasiswa PSC di Hotel Parkroyal di Beach Road semalam.



Dalam ucapannya itu, Encik Chan berkata penerimaan biasiswa PSC mempunyai cabaran, tanggungjawab, dan merupakan satu peluang yang harus direbut.



Ini lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang dengan isu geopolitik memberi tekanan luar biasa dan menjejas aliran perdagangan global.



Singapura juga menghadapi isu warga yang semakin menua tetapi pada masa yang sama mempunyai pelbagai bakat dan aspirasi.



Beliau juga menekankan mengenai bagaimana perubahan iklim akan menjadi krisis kewujudan untuk negara seperti Singapura dan bagaimana Biasiswa PSC (Kemampanan) yang baru bermatlamat membina dan mengukuhkan keupayaan perkhidmatan awam dalam bidang tersebut.



Ini demi membantu Singapura membina sebuah bandar yang mampan dan bersedia untuk masa hadapan.



Beliau menambah cabaran masa depan memerlukan kegigihan, ketabahan dan semangat daripada para penerima biasiswa PSC itu untuk memimpin dan menyumbang kepada bab kisah Singapura selanjutnya.



Menurutnya, penerima biasiswa akan menghadapi Singapura serta warga masa depan yang mempunyai asas yang berbeza daripada generasi sebelumnya.



"Dalam 50 tahun akan datang, sedang kita membina dan mereka semula Singapura, fikirkan bagaimana kita dapat mengoptimumkan lebih 1,000 kilometer persegi ruang darat dan laut, di atas dan di bawah tanah serta di atas dan di bawah laut, untuk mencipta lebih banyak lagi pilihan hidup, kerja dan beriadah yang lebih baik untuk generasi masa depan," kata beliau kepada para penerima biasiswa PSC di majlis tersebut.



Tahun ini, 66 daripada 2,000 calon telah menerima Biasiswa PSC dalam satu majlis yang diadakan secara fizikal buat pertama kali sejak 2019.



Dalam ucapan pembukaannya, Presiden Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC), Encik Lee Tzu Yang, pula berkata penerima biasiswa terdiri daripada 17 institusi prauniversiti yang berbeza, termasuk dari sekolah yang menawarkan Program Bersepadu (IP), sekolah bukan IP, program International Baccalaureate (IB) serta politeknik.



Bahkan enam pelajar politeknik berjaya meraih biasiswa PSC pada tahun ini.



Beliau berkata sebagai pemimpin sektor awam masa depan, penerima biasiswa mesti memahami kebimbangan yang berbeza yang menjejas setiap lapisan masyarakat.



Penglibatan dalam kerja-kerja relawan dan masyarakat akan membantu mereka berkembang menjadi pegawai perkhidmatan awam yang lebih baik serta lebih berhubung dengan warga.



"Biasiswa ini bukan satu ganjaran tetapi tanggungjawab untuk berkhidmat dan peluang untuk memberi kesan yang lebih baik kepada masyarakat.



"Jadi gunakan masa dengan baik untuk meletakkan diri anda dalam kedudukan terbaik untuk menyumbang dan mengetahui lebih lanjut tentang dunia dan diri anda sendiri," ujarnya.



Latihan permohonan Biasiswa Sarjana PSC akan dibuka mulai 1 September ini manakala Biasiswa Kemampanan PSC baru itu disasarkan kepada pelajar cemerlang dari prauniversiti, mahasiswa dan siswazah baru yang berminat dalam bidang kemampanan dan kelestarian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >