Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Duta Projek Dian@M3 mahu jadi teman pendamping di flat sewa

Jun 06, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI pakar dalam bidang pembangunan awal kanak-kanak dan sukarelawan, Cik Nadhira Koyakutty telah melihat dan mendengar banyak kisah kanak-kanak yang sukar berkomunikasi sejak kecil, sehingga gagal berbicara dengan sempurna sedang mereka membesar.



Lantas, ibu dua anak dewasa berusia 56 tahun itu berharap dapat menggunakan pengetahuannya sebagai duta semasa kunjungannya ke flat-flat sewa untuk menyokong anak-anak penghuni flat sedemikian.



Memberikan gambarannya kepada wartawan semasa ditemui di sesi penglibatan duta Projek Dian semalam, Cik Nadhira berkata sekitaran kanak-kanak sedemikian memainkan peranan di sebalik pembesaran mereka.



"Apa yang saya lihat, terdapat sebahagian golongan kanak-kanak ini dibesarkan dalam sekitaran di mana tiada siapa yang berbual dengan sempurna bersama mereka.



"Contohnya, kanak-kanak ini hanya disuruh makan, minum, mandi, atau lain-lain lagi.



"Tapi tiada siapa yang mengajar atau mengajaknya membaca sama, atau berbual dengannya mengikut usianya yang sebenar.



"Justeru apabila membesar, kanak-kanak itu sukar untuk diajak berbual," jelasnya yang berpengalaman dalam sekktor pembangunan awal kanak-kanak sejak 35 tahun lalu.



Beliau menambah sekiranya ada seseorang yang dipercayai kanak-kanak itu yang mampu berbual, bermain, bercerita dan menyanyi dengannya, maka ini dapat membantu dalam perkembangan si kecil dalam bahasa serta pertuturannya.



Cik Nadhira merupakan salah seorang daripada 40 sukarelawan yang tampil di sesi penglibatan duta Projek Dian@M3 itu.



Projek Dian@M3 diperkenalkan tahun lalu untuk menyokong mobiliti sosial penghuni flat sewa agar mereka dapat memiliki flat sendiri.



Pada masa yang sama, ia diharap dapat menawarkan sokongan lebih menyeluruh kepada keluarga tersebut.



Antara inisiatif terkini yang masih di peringkat perintis ialah menarik dan membangunkan keupayaan dan keyakinan para duta untuk mendekati keluarga yang mempunyai anak kecil.



Di bawah daya usaha baru itu, golongan relawan akan diberi sokongan dan dilengkapi dengan pengetahuan yang diperlukan agar mereka dapat menjalankan peranan dengan lebih bermakna.



Sasarannya ialah kanak-kanak yang berusia antara tiga dengan enam tahun.



Justeru antara pengetahuan yang akan dilengkapi para duta itu termasuk dalam memahami keperluan pemakanan sihat kanak-kanak dan warna yang menjadi tarikan mereka.



Sukarelawan itu juga akan dilengkapi dengan bahan dan keperluan sebagai sebahagian usaha mendekati keluarga sedemikian.



Seorang lagi duta, Encik Abdul Haniff Abdul Khalik, 40 tahun, melahirkan harapan agar campur tangan awal itu akan dapat 'memutuskan rangkaian sukar' yang mungkin dialami keluarga yang tinggal dalam flat sewa.



"Saya juga berharap dapat menjadi teman pendamping yang dapat mendengar masalah yang mereka hadapi.



"Kadangkala, masalah yang disampaikan mungkin berkaitan anak-anak mereka yang masih kecil," ujar bapa tiga anak lelaki itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >