Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

E-buku dilancar bagi peringati LKY

Oct 21, 2023 | 05:29 PM



Parti Tindakan Rakyat (PAP) Muda (YP) dan sayap belia Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) telah bekerjasama dalam menerbitkan sebuah buku elektronik (e-buku) sebagai penghormatan kepada Mantan Perdana Menteri Pengasas Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew.

Bertajuk Centennial Reflections – 100 Reflections by Mr Lee Kuan Yew (Refleksi 100 Tahun 100 Refleksi oleh Encik Lee Kwan Yew), e-buku itu dilancarkan oleh tetamu terhormat, mantan Pengerusi YP dan mantan Setiausaha Agung NTUC, Encik Lim Swee Say.


Buku itu merumuskan peranan Encik Lee dalam PAP dan peranan perintis NTUC dalam memacu kemajuan di Singapura, di samping memaparkan pandangan beliau mengenai tema pembinaan peribadi, kepimpinan politik, pembangunan negara, kepimpinan dan semangat tiga serangkai.

Berucap di majlis pelancaran itu, Encik Lim berkata:

“Sedang kita melangkah ke hadapan, marilah kita mengingati dan meraih inspirasi daripada legasi Encik Lee, dalam memastikan generasi masa depan terus meraih manfaat daripada sumbangannya yang luar biasa kerana beliau seorang warga Singapura sejati di hati.”

“Salah satu cara terbaik untuk mengucapkan terima kasih kepada Encik Lee adalah cara-cara bagaimana kita boleh terus memperbaiki Singapura bersama-sama untuk generasi akan datang.”


Acara pelancaran buku tersebut turut dihadiri penasihat YP, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim; Penolong Setiausaha Agung NTUC (ASG) dan penasihat kepada sayap belia NTUC, Encik Desmond Choo; serta lebih 100 anggota YP dan sayap belia NTUC.

Encik Choo dalam ucapannya menarik perhatian bahawa permulaan Encik Lee dalam politik adalah melalui kesatuan sekerja.

“Beliau yakin bahawa melalui kesatuan sekerja, ia boleh memberi setiap orang yang bekerja semangat pemilikan bersama dalam masyarakat yang akan membawa kepada rumah dan kehidupan yang lebih baik untuk semua pekerja, termasuk belia kita, di Singapura,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >